PEMAKANAN & MASALAH BUAH PINGGANG (DR NORMAN)
Masalah buah pinggang semakin lama semakin meningkat dalam masyarakat kita di Malaysia hari ini. Statistik menunjukkan 60% pesakit yang menderitai penyakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis adalah akibat penyakit diabetes. Penyakit buah pinggang yang disebabkan oleh diabetes adalah di panggil ‘Diabetic Nephropathy’.
TANDA-TANDA MASALAH BUAH PINGGANG/GINJAL
Tanda-tanda kegagalan buah pinggang selalu tiada yang khusus di peringkat permulaan. Pesakit biasanya akan mendapat pemeriksaan dan rawatan apabila telah ada tanda-tanda yang serius kegagalan fungsi buah pinggang.
Di peringkat buah pinggang telah rosak biasanya pesakit akan mengalami bebrapa simptom seperti :
• Loya, muntah-muntah dan hilang selera makan.
• Rasa lesu tidak bertenaga dan lemah badan
• Masalah untuk tidur
• Bengkak atau sembab kaki (pedal oedema)
• Gangguan kencing samada terlalu kerap atau jarang kencing
• Otot kejang dan bergerak-gerak (twitching)
• Sakit dada
• Rasa sesak nafas
• Tekanan darah tinggi (hypertension)
Apabila buah pinggang telah mengalami kegagalan sepenuhnya maka, pesakit mungkin akan mengalami masalah berikut:
• Sakit Belakang sisi di bahagian buah pinggang iaitu rasa seperti berdenyut-denyut dan sakit bila di sentuh di bahagian tersebut ( “flank pain”)
• Pesakit akan mempunyai jumlah air kencing yang sedikit atau tiada air kencing lansung. Kadang-kadang pesakit akan mengalami kencing kerap bercampur darah atau warna air kencing berubah.
• Sembab air (Fluid retention) dan bengkak yang bila di picit akan meninggal kesan lekuk terutama di bahagian kaki. Ia berpunca daripada ketidakseimbangan elektrolit (garam mineral) dalam tubuh. Bengkak juga boleh berlaku di bahagian muka dan mata.
• Perut sebu dan rasa memulas di samping rasa loya, hilang selera makan dan muntah-muntah.
• Tekanan Darah Tinggi
• Gangguan kognitif (fikiran celaru) dan perubahan mood kerana ketidakseimbangan elektolit dalam tubuh dan masalah dehidrasi tubuh. Pesakit boleh mengalami masalah keliru, kerisauan, susah tidur, lesu, lemah badan, susah berfikir dan rasa keliru (brain fog).
APAKAH FAKTOR YANG MENINGKATKAN RISIKO SESEORANG MENDAPAT MASALAH BUAH PINGGANG/GINJAL:
• Sejarah penyakit diabetes, hypertensi (darah tinggi), sakit jantung, strok dan anaemia.
• Makan makanan proses dan tidak sihat
• Berlebihan berat badan dan obesiti
• Sejarah kecederaan kepada buah pinggang atau kehilangan banyak darah akibat kemalangan
• Rendah sistem imuniti tubuh
• Warga emas lebih mudah mengalami masalah buah pinggang
• Sejarah penyakit bengkak prostat, bengkak hati atau penyakit berkaitan hati
• Sejarah pernah masuk ke Wad Rawatan Rapi (ICU), pembedahan besar, pemindahan organ dsbgnya.
• Pengambilan ubat tahan sakit (NSAIDS) terlalu kerap dan lama
• Pengambilan ubat antibiotik, ubat darah tinggi, ubat diabetes, ubat kimoterapi dsbgnya untuk tempoh yang lama.
• Jangkitan penyakit buah pinggang seperti pyelonephritis, jangkitan saluran kencing
• Masalah batu karang buah pinggang yang kronik
Malangnya tiada lagi rawatan untuk memulihkan buah pinggang yang telah rosak sepenuhnya. Rawatan ‘hemodialisis’ yang di berikan adalah untuk mengelakkan komplikasi dan memanjang hayat seseorang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang secara total.
Apa yang perlu di fahami oleh pesakit buah pinggang adalah untuk menjaga tubuh supaya sihat dan mengelakkan tidak terlalu banyak bahan kumuhan berkumpul yang perlu dibuang dari tubuh dengan menghadkan beberapa jenis nutrien dan mineral kerana buah pinggang yang rosak tidak boleh lagi berfungsi secara normal .
Secara umumnya ‘pelan pemakanan renal’ adalah dengan menghadkan pengambilan garam sodium, potassium dan fosforus. Ini adalah kerana ketiga-tiga mineral ini di regulasi oleh ginjal dan apabila ginjal rosak maka boleh berlaku pengumpulan mineral ini dalam tubuh yang menyebabkan masalah tekanan darah tinggi, sembab air (oedema), degupan jantung abnormal, reput tulang dan kalsifikasi saluran darah .
Kajian menunjukkan hanya memfokus kepada ‘diet ginjal tradisional’ dengan mengawal pengambilan mineral tadi akan menyebabkan pesakit buah pinggang ini akan mengambil lebih banyak makanan proses, makanan terawet dan additif terutama yang tinggi gula dan tepung gandum.
Kaedah yang lebih terbaru yang telah di kaji menggalakkan pesakit buah pinggan mengambil pemakanan dengan kaedah rendah karbohidrat (LCHF) seperti pemakanan Mediterranean . Persatuan perubatan European Renal Association-European Dialysis and Transplantation Association telah menyokong kaedah pemakanan Mediterranean yang melibatkan pengambilan lebih banyak makanan yang padat nutrisi seperti sayur-sayuran, kekacang legum dan lebih fleksible dengan pengambilan makanan laut, telur dan daging. Terdapat juga kajian yang mempromosi makanan berasaskan tumbuhan yang menghadkan jumlah protin dan sodium di kalangan pesakit dengan masalah ginjal kronik.
DIET BUAH PINGGANG / GINJAL SIHAT
Asas pemakanan untuk pesakit yang ada masalah ginjal adalah pengambilan makanan yang rendah garam sodium, potassum dan fosforus.
Dalam beberapa tahun kebelakang ini, pemakanan yang baik untuk ginjal telah mula berubah. Dalam satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2017 dalam jurnal perubatan Clinical Journal of The American Society of Nephrology corak pemakanan sihat adalah lebih mencegah kematian di kalangan pesakit ginjal.
Pemakanan sihat untuk pesakit ginjal adalah melibatkan pemakanan yang termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, legum, whole grain dan makanan berserat tinggi dan menghadkan pengambilan sodium, gula dan daging merah. Kesimpulan kajian ini adalah bertentangan dengan kepercayaan pemakanan tradisi sebelum ini. Data daripada kajian DIET-HD Multinational Cohort yang melibatkan 8000 pesakit haemodialisis yang mengamalkan pemakanan Mediterranean atau DASH mempunyai risiko kematian yang lebih rendah .
____________________________________
Berdasarkan kajian terkini, pemakanan yang penting untuk pesakit kegagalan ginjal adalah seperti berikut :
• Pelbagai jenis sayur-sayuran seperti sayur berdaun hijau, ulam-ulaman dan sayuran yang di masak. Bergantung kepada tahap keseriusan masalah ginjal mungkin doktor anda akan menasihatkan anda mengelakkan pengambilan makanan tinggi potassium seperti avocado, cantaloupe, tembikai susu, pisang, oren, jus buah-buhaan, tomato dan kacang.
• Pelbagai jenis buah-buahan terutama jenis yang tinggi anti oksidan seperti buah blueberi, kranberi, ceri, buah pitaya, betik, jambu batu dsbgnya. Pengambilan air limau atau air lemon juga boleh di amalkan.
• 100% makanan karbohidrat berserat penuh (whole grains) seperti beras perang,oat, barli dan gandum sourdough/wholegrain .
• Susu organik dan produk tenusu organik seperti yogurt, kefir dan keju asli.
• Daging lembu kampung / organik dan ayam kampung/organik dan ikan liar. Pengambilan sup tulang (bone broth) juga boleh di amalkan.
• Telur ayam kampung
• Kacang, biji-bijian dan legum (4–5 hidangan seminggu)
• Lemak sihat seperti minyak kelapa, minyak zaitun, mentega dan minyak sapi.
• Makanan yang boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi seperti jus delima, sayur-sayuran berdaun hijau, ketumbar, cokelat gelap, flaxseed, minyak bijan dan tea
• Herba dan rempah ratus seperti kunyit, halia, bawang putih, bawang merah,buah pelaga, cengkih, bunga lawang, lada hitam, kayu manis (cinnamon), daun parsley, oregano dan rosemary
• Minum air secukupnya dan tidak mengambil minuman air bergula. Boleh mengambil air limau atau air cuka epal sider dengan stevia, air teh hijau atau teh hitam biasa tanpa gula atau air lemon tanpa gula.
BEBERAPA MAKANAN DAN BAHAN YANG PERLU DI ELAKKAN :
• Garam Kosher, garam laut putih dan garam berperisa (garlic salt, onion salt or “seasoned” salt)
• Makanan daging proses seperti burger, sosej, hotdog, nugget, bacn dsbgnya, kerana semuanya tinggi dengan garam
• Makanan dalam tin (ikan sardin, kari , sup cendawan dsbgnya) kerana kandungan garam yang tinggi
• Mee segera an makanan ringan ‘jajan’
• Kicap soya, sos tomato, sos cili, mustard, sos lada hitam, sos tiram, mayonais dsbgnya
• Minyak masak tinggi omega 6 – minyak soya,minyak jagung & minyak bunga matahari
• Minuman berkarbonat, minuman tenaga, minuman 3in1 dan minuman keras beralkohol
• Makanan yang mempunyai kandungan potassium yang tinggi perlu di kurangkan pengambilannya dan tidak kerap kerana makanan jenis ini masih di anggap sebagai makanan sihat cuma tidak boleh diambil berlebihan seperti:
o Pisang
o Air kelapa
o Belimbing
o Tomato
o Kurma
o Bayam
o Buah limau / oren
• Kentang dan keledek mengandungi potassium tinggi tetapi kandungan potassium boleh di kurangkan dengan membuang kulit dan di masak sepenuhnya sehingga empuk.
• Kurangkan juga makanan yang tinggi oksalat seperti bayam, tomato, terung, seleri, keledek, kacang tanah, almond, blueberi, strawberi, parsley dan koko iaitu mengawal jumlahnya.
• Hadkan pengambilan susu kepada 1 gelas sehari sahaja untuk mengawal sumber fosforus supaya tidak berlebihan.
• Sumber fosforus yang lain seperti kekacang kering, sayur daun hijau, brokoli, cendawan, bijirin, cokelat dsbgnya boleh diambil dalam jumlah yang sedikit sahaja.
• Elakkan minuman berkarbonat sepenuhnya kerana tinggi gula dan fosforus.
• Kawal pengambilan bijrin seperti wheal bran, oatmeal, granola kepada hanya satu mangkuk kecil sehari sahaja.
PROTOKOL DIET GINJAL & PELAN PEMAKANAN UMUM
Ini adalah ringkasan kepada garispanduan pemakanan untuk pesakit dengan masalah ginjal:
• Hadkan pengambilan makanan yang tinggi sodium, potassium dan fosforus. Cubalah masak di rumah lebih kerap dan elakkan makan di luar dan elakkan makanan proses yang mempunyai kandungan garam yang tinggi. Jangan menggunakan garam secara berlebihan dalam , masakan dan elakkan makanan masin seperti ikan masin dan sayur jeruk.
• Elakkan makanan tinggi garam sodium terutama makanan segera berbungkus dengan membaca label bungkusan secara lengkap. Elakkan makanan yang tertulis di label mempunyai kandungan garam lebih daripada 300mg setiap hidangan. Secara umumnya , elakkan makanan yang di tulis ‘garam’ sebagai senarai bahan dalam 4 ke 5 senarai awalnya . Jika mahu membeli makanan dalam paket, carilah makanan yang tertulis rendah garam atau tiada garam tambahan dan akedah terbaik masaklah makanan kesukaan anda sendiri di rumah.
• Untuk mengawal paras glukosa darah, maka makanlah lebih banyak lemak sihat, protin asli dan karbohidrat berserat tinggi dengan kaedah rendah karbohidrat (LCHF).
• Untuk mengelakkan pengambilan terlalu banyak satu jenis garam mineral sahaja, maka makan lah pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan dengan jumlah yang sederhana. Ia kaya dengan nutrisi yang berkhasiat tanpa kandungan garam yang berlebihan.
• Untuk menjadikan makanan rasa lebih sedap tanpa garam berlebihan, maka tambahlah rempah ratus seperti lada hitam, serbuk cili, jintan, bawang putih, bawang merah, cengkih, bunga lawang, kayu manis, halia dsbgnya.
• Hadkan pengambilan susu hanya 1 gelas sehari sahaja atau satu hidangan yogurt atau 1 ounce keju sahaja. Gunakan mentega tanpa garam jika ingin menggunakan mentega.
• Makanlah makanan asli sahaja dan elakkan makanan proses dan makanan dalam paket kerana kandungan pengawet fosfat yang selalu digunakan.
• Berbincanglah dengan doktor yang merawat anda tentang jumlah protin yang anda boleh ambil dalam sehari kerana ia bergantung kepada keadaan pesakit dan rawatan dialisis yang sedang di jalankan. Jika di peringkat awal penyakit kerosakan ginjal (CKD) anda mungkin perlu mengawal pengambilan protin, tetapi di peringkat anda telah menjalani rawatan dialisis mungkin anda memerlukan lebih protin dalam pemakanan seharian anda.
• Anda juga per;lu berbincang dengan doktor yang merawat anda tentang jumlah air yang boleh anda ambil terutamanya bagi pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis kerana keperluan air anda berkait dengan rawatan dialisis yang di tentukan oleh doktor yang merawat.
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pemakanan bagi pesakit yang ada masalah buah pinggang’/ginjal ini yang bergantung kepada:
• tahap kerosakan ginjal (Stage 1,2,3,4 atau 5)
• jenis rawatan yang sedang di jalankan (samada hemodialisis atau peritoneal dialisis)
• Kait
Dr Norman Norawi
an dengan masalah kesihatan yang lain seperti diabetes, hypertensi, penyakit jantung dsbgnya.
Walaupun terdapat kajian yang menunjukkan pemakanan sihat seperti Diet DASH, Mediterranean dan Ketogenik boleh melambatkan progres penyakit buah pinggang dan penyakit lain seperti hypertensi, diabetes dan penyakit jantung tetapi pesakit perlu mendapatkan nasihat pemakanan yang khusus dengan doktor yang merawat secara khusus kerana setiap individu pesakit adalah berbeza dan keperluan yang berbeza.
Panduan pemakanan yang ditulis bersifat umum dan tidak boleh menggantikan konsultasi secara terus dengan doktor yang merawat anda. Wallahua’lam
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS (Manipal), MSc (UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE
Rujukan:
1. Adults on Hemodialysis: The DIET-HD Multinational Cohort Study. J Am Soc Nephrol. 2018;29(6):1741‐1751. doi:10.1681/ASN.2018010008
2. https://www.kidney.org/atoz/content/Dash_Diet
3. https://www.vcuhealth.org/media/file/renal_diet.pdf
4. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/15641-renal-diet-basics
5. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chronic-kidney-disease/symptoms-causes/syc-20354521
6. https://nephcure.org/livingwithkidneydisease/diet-and-nutrition/renal-diet/
7. Mitch WE, Remuzzi G. Diets for patients with chronic kidney disease, should we reconsider?. BMC Nephrol. 2016;17(1):80. Published 2016 Jul 11. doi:10.1186/s12882-016-0283-x
8. https://draxe.com/nutrition/mediterranean-diet/
9. Cupisti A, D'Alessandro C, Gesualdo L, et al. Non-Traditional Aspects of Renal Diets: Focus on Fiber, Alkali and Vitamin K1 Intake. Nutrients. 2017;9(5):444. Published 2017 Apr 29. doi:10.3390/nu9050444
10. Jaimon T. Kelly, Suetonia C. Palmer, Shu Ning Wai, Marinella Ruospo, Juan-Jesus Carrero, Katrina L. Campbell, Giovanni F. M. Strippoli. Healthy Dietary Patterns and Risk of Mortality and ESRD in CKD: A Meta-Analysis of Cohort Studies. CJASN Feb 2017, 12 (2) 272-279; DOI: 10.2215/CJN.06190616
11. Saglimbene VM, Wong G, Craig JC, et al. The Association of Mediterranean and DASH Diets with Mortality in Adults on Hemodialysis: The DIET-HD Multinational Cohort Study. J Am Soc Nephrol. 2018;29(6):1741‐1751. doi:10.1681/ASN.2018010008
12. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/15641-renal-diet-basics
13. https://draxe.com/health/kidney-failure/
14. https://draxe.com/nutrition/renal-diet/
#drnormanorawi
#drnorman
#dnnkongsi
#kidneyfoods
#tipskesihatan
Comments
Post a Comment