Klinik AktifOtak adalah salah satu cabang AktifOtak.com

‘NEVER LOSE HOPE’ inilah motto kami. Kolaborasi bersama YJN (Yayasan Jabal Nur) dalam program pembangunan minda, kami mula beroperasi pada 28 Februari 2017 berlokasi di Yayasan Jabal Nur di No 9 LG1 Kompleks Yayasan Jabal Nur di Bukit Jalil. Klinik AktifOtak salah satu cabang dari cabang AktifOtak (aktifotak.com) . Ia fokus menjalankan AktifTerapi iaitu rawatan alternatif khusus untuk anak anak istimewa seperti autism, cerebral palsy, hydrocephalus, down syndrome, epilepsy dan sebagainya. Selain itu AktifTerapi juga boleh disarankan kepada anak anak yang mempunyai masalah pembelajaran seperti kurang fokus, tidak minat belajar, kurang keyakinan diri dan pelbagai isu lain. Berkonsepkan “Empower, Practical and Repetition” (EPR) iaitu: 1. Empower – memberi latihan personal kepada penjaga untuk menjalankan kaedah AktifTerapi 2. Practical – Penjaga akan membuat kaedah AktifTerapi di rumah 3. Repetition – Penjaga disarankan untuk sentiasa istiqamah dalam menjalankan...