Kenapa PELARI MARATON mati mengejut?

1. Kajian menunjukkan bahawa orang yang berlari lebih dari 32 km seminggu, atau dengan kecepatan rata-rata 12 km/j atau lebih cepat cenderung mempunyai jangka hayat yang lebih pendek daripada mereka yang berlari lebih lambat dalam jarak yang lebih pendek.”

2. Kajian terhadap 10.9 juta pelari maraton mendedahkan bahawa 59 pelari maraton mengalami serangan jantung sama ada semasa berlari atau dalam satu jam selepas larian mereka dan dicatatkan 42 pelari daripadanya boleh meninggal dunia (bersamaan kadar kematian adalah 1 per 259,000 peserta.)

3. Di Kongres Kardiovaskular Kanada Montreal, doktor menyimpulkan bahawa "senaman berkala boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular’’.

4. Tetapi para pakar menambahkan bahawa "latihan extreme yang dilakukan semasa berlari lama atau marathon sebenarnya telah meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak 7 kali ganda"!!

😲 Kenapa pelari maraton boleh mati mengejut disebabkan serangan jantung? 

Kajian mendapati pelari maraton ;
1. Menyebabkan peningkatan abnormal enzim troponin (enzim yg dihasilkan oleh dinding otot jantung bertujuan untuk mengawal fungsi kontraksi otot-otot jantung) yang timbul ketika jantung dalam keadaan tertekan dan tidak mendapat cukup darah. 

2. Terjadi penumpukan asid laktik dalam darah semasa larian mencetuskan irama jantung yang tidak normal dan juga keletihan. 

3. Dehidrasi 

4. Heat stroke - suhu melampau meningkatkan risiko berlakunya serangan jantung. 

5. Sebab lain termasuk masalah jantung yang tidak didiagnosis

6. Mempunyai sebarang masalah jantung lain sebelumnya. 
===========================================

Bersenam sangat digalakkan dan berlari tidak dihalang tetapi pastikan anda periksa dahulu kemampuan badan anda sesuai atau tidak melakukan larian jauh. Bagaimana? 

1. Dapatkan ujian darah kolesterol. 
2. Kemudian periksa ECG untuk kenal pasti ada masalah pada irama jantung atau masalah lain yang boleh dideteksi dari ECG
3. Jika pemeriksaan badan didapati ada bunyi jantung tidak normal atau “murmur”, maka pemeriksaan ECHO wajib untuk mereka dan beberapa ujian lain. 

***Ekokardiogram (Echo) dapat mengesan 75 % murmur jantung yang boleh menyebabkan penyakit jantung dengan potensi untuk membunuh pelari tanpa AMARAN /GEJALA. 
.
“Doktor, ajal maut ditangan Allah...”
“Betul, tiada siapa tahu bila dan siapa yang mati dahulu. Ikthiar itu penting.”

Jangan menganggap badan kita kurus, kita amalkan gaya “hidup sihat” kita sebenarnya bebas penyakit. Ini salah. Ada kajian menunjukkan genetik atau keturunan juga menyumbang kepada jumlah kematian serangan jantung di usia muda. #bersambung
.
.
Dr. Arisman, MD


Sumber: 
https://www.forbes.com/sites/davidkroll/2014/04/15/why-do-healthy-people-die-running-marathons/

https://www.runsociety.com/health-injuries/fit-runners-suddenly-die-while-running-marathons/


Lakukan Liver & Gallbladder Flush untuk selamatkan JANTUNG anda sebelum terlambat .
Klik LINK di bawah


Comments

Popular posts from this blog

Gallstones dalam Hati & Pundi Hempedu - Punca utama penyakit KRONIK yang amat jarang diceritakan dan cara MUDAH Untuk mengeluarkannya.

Cara mudah cuci kolon & usus kecil (small intestine)

"Reverse Kidney Stage" anda melalui Plan Pemakanan yang komprehensif.