Pecahan Sifat 20
Adapun sifat 20 ini terbahagi pecahannya kepada 4 bahagian iaitu 1.Nafsiah 2.Salbiah 3.Maani 4.Maknawiyah Sifat Nafsiah Adapun yang terkandung di dalam sifat Nafsiah ini, satu sifat iaitu 1)Wujud. Maka adalah dalil baginya Hiya halul wajibatulizat madamati zat khairu muaal lalatim biilah Ertinya Hal yang wajib bagi zat selama kekal zat, tiada dikeranakan dengan sesuatu kerana. Maka adalah serta hakikat hal keadaanya Mawjud pada jihin dan tiada maujud pada Harij. Erti jihin mawjud sifat kepada zat erti harij memberi bekas kepada sekalian wujud sekelain alam +- Sifat Salbiah Adapun yang terkandung di dalam sifat Salbiah ini 5 sifat iaitu: 1).Qidam 2)Baqa’ 3)Mukhalafatuhu lilhawadith 4)Qiyamuhu ta’ala binafsih 5)Wahdaniah Maka adalah dalil baginya Hiya ibaratun annafyil malayalikubihi jalla waaza Ertinya adalah ia ibarat menafikan barang yang tiada patut bagi hak Alla...