11,950 Gallstones dalam Hempedu


Kolkata: Seorang doktor terkejut apabila mengeluarkan 11,950 Gallstones daripada seorang wanita yang dipercayai mencipta rekod dunia baru.

Minati Mondal, 51, mengalami sakit perut dan asid refluk juga pedih ulu hati selama dua bulan.

Dua minggu lalu, dia dimasukkan ke Hospital Sevayan di Kolkata dan hasil pemeriksaan serta ultrabunyi menunjukkan dia menghidap Gallstones/batu karang yang teruk di dalam hempedunya.

Bagaimanapun, mereka tidak menyangka jumlahnya begitu banyak.

Pakar pembedahan gastro usus Dr Makhan Lala Saha berkata, dia memang mengagak jumlah batu karang yang banyak, tetapi terkejut besar selepas kiraannya menjangkaui 5,000.

Dia membuang hampir 12,000 batu dalam pembedahan selama sejam.

“Saya begitu terkejut kerana jumlah batu karang terlalu banyak. Saya tidak pernah menyangka hempedu mampu mengandungi jumlah batu sebanyak ini.

“Pembantu saya mengambil masa empat jam untuk mengira jumlah batu yang semuanya berukuran antara 2 hingga lima milimeter. Kami mengambil masa 50 minit untuk membuang semuanya,” katanya.

Menurutnya, dia sudah menulis kepada Royal College of Pathologists di London untuk menyimpan spesimen batu berkenaan di muziumnya.

Ia juga dianggap jumlah batu karang paling banyak dikeluarkan di dunia.

Kaedah terbaik mengeluarkan Gallstones tanpa pembedahan, Klik link di bawah :

https://tarmizitaha.blogspot.com/2019/12/gallstones-dalam-hati-pundi-hempedu.html




Comments

Popular posts from this blog

Gallstones dalam Hati & Pundi Hempedu - Punca utama penyakit KRONIK yang amat jarang diceritakan dan cara MUDAH Untuk mengeluarkannya.

Cara mudah cuci kolon & usus kecil (small intestine)

"Reverse Kidney Stage" anda melalui Plan Pemakanan yang komprehensif.