Kalimah Nafi & Isbat

Nafi dan Isbat

Adapun kalimah Allah yang disebut ‘La ilaha illallah’ terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
1)Kalimah Nafi iaitu ‘La ilaha’
2)Kalimah Isbat iaitu ‘Illallah’

La ilaha (Nafi)

Adapun yang terkandung didalam kalimah Nafi ini 11 sifat yang wajib dan 11 sifat yang mustahil.
Mengambil daripada sifat Nafsiah iaitu 1. wujud dan
mengambil daripada sifat Salbiah, 4 sifat ialah  2)Qidam
3)Baqa’
4)Mukhalafatuhu lil-hawadith
5)Qiamuhu ta’ala binafsih
Mengambil daripada sifat Ma’ani 3 sifat iaitu
6)Samaq
7)Basar
8)Qalam
Mengambil daripada sifat Ma’knawiyah 3 sifat iaitu  
9)Samiun
10)Basirun
11)mutakalimun
Maka inilah himpunan sekalian sifat yang terkandung dalam ‘la ilaha’


Ilallah (Isbat)@sabit@Akbar

Adalah yang terkandung didalam kalimah isbat ini 9 sifat yang wajib dan 9 sifat yang mustahil
Mengambil daripada sifat Salbiah, 1 sifat yang ditinggalkan iaitu 1. Wahdaniah
Mengambil daripada sifat Ma’ani , 4 sifat yang ditinggalkan iaitu
2)Qudrat
3)Iradat
4)Ilmu
5)Hayat
Mengambil daripada sifat Ma’awiyyah, 4 sifat iaitu
6)Qadirun
7)Muridun
8)Alimun
9)Hayyun

Maka inilah himpunan sekalian sifat yang terkandung didalam Kalimah ‘Ilallah’


Sifat harus bagi Allah Ta’ala
Adalah sifat harus bagi Allah Ta’ala itu satu sifat iaitu dalilnya 
Layajibu alaihi ta’ala, feklu kul mungkinin autar qahu ertinya
Tiada wajib bagi Allah Ta’ala memperbuat-buat sekalian mungkin atau meninggalkan ia, maka adalah harus sahaja namanya.

Kalimah Rasul (Muhammad Rasulullah)
Adapun sifat rasul ini terdapat pada 4 sifat yang wajib dan 4 sifat yang mustahil :
1)Siddiq (Benar) lawannya, Qizziq (dusta)
2)Amanah (Jujur) lawannya, Qianah (Tiada jujur, khianat)
3)Tabligh (Menyampai) lawannya, Qitmam (menyembunyi)
4)Fatonah (Bijaksana) lawannya, Biladah (Bodoh)

Sifat harus bagi Rasul
Adapun sifat harus bagi rasul itu 1 sifat iaitu dalilnya yang bererti @aqradul basariyah “Sebagaimana lazim pada dunia ini dapat dipandang dan dapat diketahui iaitu takrifnya. Bersifat rasul itu seperti kebiasaan sekalian manusia bertubuh, berperangai, makan dan minum, beranak dan beristeri, sakit pening, suka dan duka (sebagaimana manusia yang lain).
Maka inilah sekaliannya himpunan sifat yang terkandung didalam 2 kalimah syahadah (Lailahaillallah muhammadarrasulullah)

Terdapat 50 sifat akoidul iman 11+11+9+9 +1+4+4 +1 (menceritakan zat yg mustahil).

Barangsiapa tidak mengetahui ia akan dia, maka tiada sah penyaksiannya kepada Allah dan Rasul sepertimana penyaksian atas apa yang ia mengucap.

Comments

Popular posts from this blog

Gallstones dalam Hati & Pundi Hempedu - Punca utama penyakit KRONIK yang amat jarang diceritakan dan cara MUDAH Untuk mengeluarkannya.

Cara mudah cuci kolon & usus kecil (small intestine)

"Reverse Kidney Stage" anda melalui Plan Pemakanan yang komprehensif.