Tanda2 awal sakit Jantung

tanda-tanda awal boleh muncul lama sebelum serangan jantung berlaku. Ini yang biasa kita nampak sebagai warning signs jantung bermasalah:


1. Mudah Letih (Fatigue Luar Biasa)


  • Rasa letih sangat walaupun buat aktiviti ringan. Ini biasa berlaku kerana jantung dah kurang efisien pam darah.



2. Sesak Nafas


  • Rasa nafas pendek, terutama bila naik tangga atau buat aktiviti yang dulu anda mampu buat tanpa masalah.



3. Sakit Dada (Angina)


  • Rasa ketat, menekan, terbakar di dada. Kadang-kadang rasa macam “berat” di dada. Biasanya berlaku bila aktif dan lega bila rehat.



4. Sakit di Bahagian Lain


  • Sakit boleh menjalar ke lengan kiri, rahang, leher, belakang, atau perut. Kadang-kadang rasa seperti “masuk angin” tapi tak lega-lega.



5. Jantung Berdebar (Palpitasi)


  • Rasa degupan laju, tak sekata atau ada hentakan kuat di dada tanpa sebab jelas.



6. Bengkak Kaki / Buku Lali


  • Bila jantung lemah, cecair terkumpul di kaki atau pergelangan kaki.



7. Pening, Kepala Ringan atau Pengsan


  • Aliran darah ke otak tak stabil, anda mungkin rasa nak pitam atau betul-betul pengsan.



8. Peluh Sejuk


  • Keluar peluh tanpa sebab, terutama kalau disertai sakit dada, sangat membimbangkan.



9. Masalah Tidur & Rasa Cemas


  • Sebahagian orang rasa tak selesa tidur menelentang kerana sesak nafas atau ada rasa cemas luar biasa.



Penting:


  • Wanita, pesakit diabetes & warga emas kadang-kadang tak rasa sakit dada tapi simptom lain seperti letih melampau, sakit rahang atau belakang lebih menonjol.
  • Kalau rasa simptom-simptom ni secara berulang atau makin teruk, jangan tunggu – segera jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.


Comments

Popular posts from this blog

Gallstones dalam Hati & Pundi Hempedu - Punca utama penyakit KRONIK yang amat jarang diceritakan dan cara MUDAH Untuk mengeluarkannya.

Cara mudah cuci kolon & usus kecil (small intestine)

"Reverse Kidney Stage" anda melalui Plan Pemakanan yang komprehensif.