Makan Telur boleh meningkatkan risiko kematian.


LONDON: Satu kajian mendedahkan pengambilan telur sama ada secara direbus atau digoreng mampu mengancam kesihatan malah jika makan berlebihan boleh meningkatkan risiko kematian.     

Lapor Daily Mail, para penyelidik mendapati mengambil separuh biji telur mampu meningkatkan risiko kematian sebanyak tujuh peratus. 

Oleh itu, pengambilan sebiji telur sehari mempunyai 14 peratus risiko kematian lebih tinggi berbanding individu yang mengelak makanan itu.    

Penyelidik China yang mengetuai kajian itu percaya tahap lemak dan kolesterol yang tinggi dalam telur menjadi antara puncanya.

Mereka memberi amaran bahawa orang ramai harus makan bahagian putih telur atau beralih kepada pengganti makanan lebih sihat yang mampu menurunkan risiko kematian.

Para penyelidik melakukan tinjauan terhadap lebih setengah juta rakyat Amerika Syarikat (AS) antara tahun 1995 dan 1996 dan mengikuti perkembangan mereka selama 16 tahun.

Data dari kajian ini yang disiarkan dalam jurnal PLOS ONE menunjukkan seramai 129,328 orang yang mengisi borang tinjauan asal sudah meninggal dunia.

Pengarang bersama Profesor Yu Zhang dari Universiti Zhejiang berkata, menerusi kajian ini, pengambilan telur dan kolesterol dikaitkan dengan hampir semua penyebab seperti penyakit kardiovaskular dan kematian akibat kanser.

Penyelidik mendapati peserta yang mengambil 300 miligram kolesterol tambahan sehari dilaporkan 19 peratus lebih berisiko untuk meninggal dunia dalam tempoh 16 tahun akan datang.      


Untold facts

https://tarmizitaha.blogspot.com/2019/12/gallstones-dalam-hati-pundi-hempedu.html

Comments

Popular posts from this blog

Gallstones dalam Hati & Pundi Hempedu - Punca utama penyakit KRONIK yang amat jarang diceritakan dan cara MUDAH Untuk mengeluarkannya.

Cara mudah cuci kolon & usus kecil (small intestine)

"Reverse Kidney Stage" anda melalui Plan Pemakanan yang komprehensif.