BARLI PENGGANTI NASI


DIABETES & BARLI
(Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman)

Sekiranya anda seorang pengidap DIABETES atau kencing manis, maka diet seharian anda tidak boleh lari dari BARLI. Kenapa BARLI ? Persatuan Diabetes Amerika (ADA) melabelkan semua makanan dengan indeks glisemik tertentu. Apa itu indeks glisemik ? Ia adalah angka atau bacaan yang diberikan kepada makanan berkenaan dengan setinggi mana makanan tersebut menaikkan paras gula seseorang. BARLI dilabel sebagai makanan yang rendah indeks glisemiknya. 
Jadi amatlah hairan sekiranya pengidap kencing manis tidak menjadikan BARLI sebagai sebahagian daripada diet harian mereka. BARLI juga makanan yang mengandungi serat yang sangat tinggi.BARLI mengandungi BETA GLUTEN yang menstabilkan gula dalam darah dengan memperlahankan penyerapan dari perut dan usus.

Kajian yang dijalankan oleh Nutrition Research pada Disember 2006 menunjukkan pesakit diabetes yang makan makanan yang diperbuat daripada BARLI menunjukkan peningkatan gula dalam darah yang amat rendah berbanding dengan makanan yang bukan berasaskan BARLI.
Jadi, amatlah mudah untuk mengawal paras gula darah dengan pengambilan makanan berasaskan BARLI.

Diet Rasulullah SAW juga mengandungi BARLI. Sekiranya BARLI menjadi salah satu diet Rasulullah, maka pasti ia memiliki kehebatan dari aspek kesihatan kepada manusia. Terdapat sejumlah 21 hadis Nabi Muhammad SAW yang menyebut tentang BARLI.

Berikut merupakan beberapa hadis tentang BARLI : 

Abu Hazim Salamah bin Dinar berkata:

“Aku pernah bertanya kepada Sahl bin Sa’ad, “Pernahkah Rasulullah makan naqiy – iaitu roti putih yang telah dipisahkan dari dedak (dikenal pula dengan sebutan roti syam)?” maka Sahl menjawab: “saya tidak pernah melihat Rasulullah makan roti putih sejak beliau diutus oleh Allah hingga Allah mewafatkannya.
Saya bertanya: “Bagaimana kalian makan barli yang tidak diayak dedaknya?” Ia menjawab: “Dulu kami menumbuk dan meniupnya, sehingga terbanglah bahagian yang terbang. Adapun yang tertinggal, kami basahi dengan air.”

Imam Termidzi juga meriwayatkan dengan sanadnya, dari Sulaim bin Amir, Abu Umamah mendengarnya berkata:

“Biji barli tidak pernah ditinggalkan dari menu makanan keluarga Rasul.”
Rasulullaah bersabda: “Talbinah (sejenis bubur barli) itu memberikan kelegaan hati penderita sakit dan menghilangkan kesedihan.”

Diriwayatkan dari ‘Aisyah:

“Nabi apabila keluarganya terkena demam, maka beliau memerintahkan mereka membuat sup barli.” (HR Ibnu Majah)

Kepada pesakit diabetes, anda mungkin boleh mencuba diet berikut 

Sarapan : Bubur barli sepinggang yang dimaniskan dengan GULA KABUNG. BERHENTI PENGAMBILAN GULA PUTIH.
(30 minit sebelum sarapan, amalkan pengambilan minyak HABBATUS SAUDA sebanyak 2.5ml atau setengah sudu kecil - ini terbukti membaiki organ pankreas untuk menghasilkan INSULIN semulajadi)

Makan tghari : Nasi beras perang berlaukkan sayuran yang dimasak dengan minyak zaitun. BERHENTI PENGAMBILAN BERAS PUTIH. 

Makan malam : Roti barli atau sup barli.

Berhenti minuman teh, kopi, Milo, Nescafe, Horlicks dan sebagainya dan gantikan dengan minuman BARLI samada panas atau sejuk yang dimaniskan dengan GULA KABUNG.

Selamat mencuba


MAKAN BARLI PENGGANTI NASI 
(Dr. Zubaidi Hj. Ahmad)

Nasi adalah makanan ruji orang Melayu di Malaysia. Ramai yang tidak nampu untuk meninggalkan nasi. 

Dalam ceramah kesihatan, saya mencadangkan bagi pesakit metabolik seperti pesakit diabetes, hiperkolestrolemia dan hipertensi, agar menukarkan nasi dari beras putih kepada beras perang atau beras rebus (parbolied). Ini kerana beras putih mempunyai nilai GI yang terlalu tinggi berbanding dengan beras yang saya sebutkan tadi.

Mengambil barli dalam makanan dikatakan amalan sunnah.(Maaf saya tidak jumpa hadis yang berkaitan). Namun apa yang terbukti, pengambilan barli sangat baik untuk kesihatan. Ia mampu mencegah dan merawat penyakit.

Sebagai contoh untuk sarapan, boleh 
campurkan barli yang direbus dengan buah kurma, kismis, buah teen dan madu. Untuk makan tengahari atau malam, boleh gantikan nasi dengan barli, dimakan bersama lauk kari ikan bersama sayur yang ditumis.

Banyak manfaat barli, antaranya:

1. Merawat kencing kotor.

Kencing kotor merujuk kepada jangkitan pada saluran/pundi kencing. Dengan mengamalkan minum air barli, ia membantu merawat masalah ini. 

Ini kerana air barli bersifat alkali. Ia juga bersifat diuretik, yang meningkatkan penghasilan air kencing. Ini membantu pesakit kencing lebih banyak, dengan secara tidak langsung mengeluarkan kuman bakteria dari pundi dan saluran air kencing.

Air barli juga bersifat anti-keradangan yang membantu masalah penyakit ginjal kerana ia dapat menurunkan tahap asid urik dan kreatinine. Bagi pesakit ginjal (yang belum menjalani hemodialisis), minum air barli tanpa gula, sangat membantu merawat masalah ini.
Barli juga kaya dengan magnesium, yang dapat mencegah penghasilan batu karang.

Minum 2-3 gelas air barli sehar sehingga masalah tersebut berkurangan, dan kemudiannya sembuh.

2. Membantu Menurunkan Berat Badan

Barli kaya dengan serat, terutama beta-glucan. Ia memberikan rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan dari rasa cepat lapar. Ia juga baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisma. Menggantikan nasi dengan barli dapat membantu menurunkan berat badan. 

3. Merendahkan Tahap Kolestrol

Menggantikan beras dengan barli dapat mengurangkan tahap kolestrol jahat dalam darah, lalu mengurangkan risiko mendapat masalah sakit jantung. Ini kerana serat beta-glucan dalam beras barli dapat mengurangkan penyerapan kolestrol dari makanan ke perut dan usus.

4. Menjadikan Jantung Lebih Sihat

Menggantikan beras dengan barli juga dapat merendahkan tahap kolestrol di dalam darah, mencegah keradangan dan meminimakan proses pengoksidaan yang menyebabkan pemendakan kolestrol dalam saluran darah. Dengan ini ia membantu mencegah penyumbatan saluran arteri atau dikenali atherosclerosis.

Barli mempunyai sejumlah vitamin B (niacin) dan vitamin E yang dapat melambatkan proses keradangan dan pengoksidaan. Selain menghalang berlakunya atherosclerosis, barli juga dapat merendahkan tekanan darah tinggi yang menjadi punca bagi masalah serangan sakit jantung dan stok.

5. Membantu Sistem Penghadaman

Mengambil barli menggantikan nasi juga membantu penghadaman makanan dan baik untuk kesihatan perut dan usus. Barli  bersifat alkali dan ini bagus untuk pesakit gastritis. Barli juga mempunyai banyak serat yang menjadi sumber prebiotik. Air barli juga mempunyai elektrolit yang seimbang, bagus untuk mereka yang mengalami cirit-birit.

6. Mengawal Tahap Gula pada Diabetes

Mengambil barli menggantikan nasi juga bagus untuk pesakit diabetes. Dua faktor yang terdapat pada barli, iaitu kandungan fiber yang tinggi dan kandungan serat beta-glucan yang melambat penyerapan gula dari makanan. Oleh itu barli mempunyai nilai Index Glisemik yang rendah, iaitu 45 berbanding beras putih GI 75.

7. Kulit Yang Lebih Sihat dan Cerah

Mengambil barli menggantikan nasi atau meminum air barli dapat menggalakkan perkumuhan dan mengeluarkan toksik dari badan. Ini menjadikan kulit yang lebih sihat dan cerah. 

Barli mengandungi bahan asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat. Ia dapat mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pora kulit tersumbat. Barli juga bersifat antioksida yang dapat melawan radikal bebas. Ini  melambatkan proses penuaan. 

Ambil barli yang dikisar dan campurkan sedikit air untuk dijadikan mask muka. Biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Amalkan beberapa kali seminggu. Insya Allah kulit bertambah bersih, cantik dan tegang.

8. Menyejukkan Tubuh

Air barli sangat bagus untuk menghilangkan rasa panas badan. Hentikan pengambilan air berkarbonat, dan bertukar kepada air barli. Campurkan setitik stevia dan perahan limau. Sesuai diambil dalam keadaan suam ataupun sejuk. 

9. Membekalkan Nutrisi Penting Kepada Ibu Hamil

Sama ada mengambil air barli atau menggantikan nasi putih dengan barli sangat bagus untuk ibu yang hamil. Selain membekalkan vitamin dan mineral, ia membantu mencepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan masalah diabetis semasa hamil.

Air barli dapat mengeluarkan toksik dan air yang berlebihan dari badan. Ini boleh mencegah daripada edema.

Para ibu yang menyusu anak meningkatkan kadar penghasilan susu badan. Campurkan air barli yang panas dengan 1 sudu teh jintan manis, biarkannya selama 5-10 minit dan kemudian minumnya.

10. Meningkatkan Kekuatan Sistem Imuniti Badan

Sistem pertahan badan adalah perkara yang penting, untuk melindungi tubuh badan daripada jangkitan dan serangan kuman seperti demam, selesema dan lain-lain. Mengambil barli menggantikan nasi atau mengambil air barli sangat bagus untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh kerana ia dipenuhi dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium. Barli juga mengandungi zat besi, bagus untuk mencegah daripada anemia dan keletihan (fatigue).


DONT BE A BLIND FOLLOWER...!!


Comments

Popular posts from this blog

Gallstones dalam Hati & Pundi Hempedu - Punca utama penyakit KRONIK yang amat jarang diceritakan dan cara MUDAH Untuk mengeluarkannya.

Cara mudah cuci kolon & usus kecil (small intestine)

"Reverse Kidney Stage" anda melalui Plan Pemakanan yang komprehensif.