Usul Tahqiq

Adalah usul tahqiq ini terbahagi kepada 4 bahagian
1)Syariat
2)Tarikat
3)Hakikat

4)Ma’rifat

Syariat 

Adapun syariat ini ertinya kenyataan/hasil  barang yang dinyatakan oleh Allah Ta’ala seperti amar dan nahi (bukan perbuatan Rasullulah) Erti amar itu suruh dan erti nahi itu tegah.Maka tertakluklah ia kepada anggota.

Tarikat

Adapun tarikat ini ertinya jalan iaitu jalan yang menyempurnakan akan syariat seperti zuhud, tawakal, redha, sabar, muhabbah dan zikir sakaratul maut.Maka tertakluklah ia pada hati dan ternyatalah ia pada anggota.

Hakikat

Adapun hakikat ini ertinya yang sebenar-benarnya yang wajib dipercayai perkataannya ‘Ilahiyyah’ dan ‘Nabawiah’ melalui ‘Sam’iyah. .Erti Ilahiyyah – Qalamullah atau Qitabullah atau Al-Quran.
Erti Nabawiah – Sunah2 dan hadis2 rasul, erti Sam’iyah ialah pendengaran.Maka tertakluklah ia pada SIR HATI dan ternyatalah ia pada anggota.

Ma’rifat

Adapun yang dikatakan ma’rifat itu ertinya mengenal. Mengenal akan Allah Ta’ala itu akan 4 perkara yang disebut mengenal akan zatnya, sifatnya, asma’nya dan af’alnya.(tertakluk kepada hambanya yg mukmin). Maka apabila engkau pandang dengan mata hati dan mata kepalamu tiada ada yang mawjud pada sekalian zat di dalam alam ini, hanya semata-mata ‘Ilallah’ dengan ‘Haqqul-Yaqin’ dan tiada ada yang bersifat pada sekalian sifat yang wujud didalam alam ini hanya semata-mata ‘Ilallah’ dengan ‘Haqul Yaqin’ dan tiada ada yang berasma’ pada sekalian asma’ didalam alam ini, hanya semata-mata ‘Ilallah’ dan ‘Haqul-Yaqin’ dan tiada ada yang beraf’al pada sekalian af’al yang wujud didalam alam ini hanya semata-mata ‘Ilallah’ dengan ‘Haqul-Yaqin’

Maka barulah engkau mencapai ‘Wahdaniatullahu ta’ala’ pada sekalian zat, dan pada sekalian sifat, dan pada sekalian asma’ dan pada sekalian af’al. Maka baharulah engkau lepas dari syirik Qafi dan Ujub dan riak dan takabur, sombong dan bongkak dan sama’a serta lain-lainnya seperti Firman Allah Ta’ala kepada kalimahNya :-

‘Lailaha illallah’
Ertinya : bahawa sa-nya tiada ada yang lain selain daripada Allah semata-mata.

Maka baharulah engkau menjadi ahli tahqiq dengan sebenar-benarnya


Comments

Popular posts from this blog

Gallstones dalam Hati & Pundi Hempedu - Punca utama penyakit KRONIK yang amat jarang diceritakan dan cara MUDAH Untuk mengeluarkannya.

Cara mudah cuci kolon & usus kecil (small intestine)

"Reverse Kidney Stage" anda melalui Plan Pemakanan yang komprehensif.