Hamba Allah

Adab sopan yang paling utama dijaga adalah yang menyentuh keyakinan
bahawa Allah s.w.t adalah Tuhan sekalian alam, Maha Bijaksana dan Maha
Mengerti dalam urusan mentadbir dan menguruskan penghidupan sekalian
makhluk yang dicipta-Nya. Seorang hamba hendaklah yakin kepada
kebijaksanaan Tuannya. Terserah kepada Tuannya memilih layanan yang
hendak diberikan kepada si hamba itu.
Ibrahim bin Adham telah menceritakan kisah beliau membeli seorang hamba.
Berikut adalah percakapannya dengan hamba yang dibelinya itu:
Ibrahim: “ Siapakah nama kamu?”
Hamba : “ Panggil sahaja dengan nama apa yang tuan suka”.
Ibrahim : “ Apa yang kamu ingin makan?”
Hamba : “ Apa sahaja makanan yang tuan beri”.
Ibrahim : “ Apakah pakaian yang kamu perlukan?”
Hamba : “ Apa sahaja pakaian yang tuan mahu berikan”.
Ibrahim : “ Apa pekerjaan yang kamu hendak buat?”
Hamba : “ Apa sahaja pekerjaan yang tuan perintahkan”.
Ibrahim : “ Apakah kehendak kamu?”
Hamba : “Apa kehendak tuan itulah kehendak hamba Seorang hamba tidak
berkehendak kecuali apa yang dikehendaki oleh tuannya”.

Ibrahim bin Adham berfikir, sekiranya dia hamba Allah s.w.t tentu dia menyerah
sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Beginilah adab sopan seorang hamba Allah
s.w.t dengan Allah s.w.t. Seorang yang mengaku sebagai hamba Allah s.w.t
tidak seharusnya membeberkan hajat keperluannya. Bukankah Allah Maha
Mengerti dalam mengatur keperluan hamba-Nya. Seorang hamba berdiri di
hadapan Tuannya tanpa mengemukakan tuntutan, tanpa sebarang kehendak,
cita-cita dan alasan. Reda dengan lakuan Tuannya itulah sifat hamba yang
sejati.

Comments

Popular posts from this blog

Gallstones dalam Hati & Pundi Hempedu - Punca utama penyakit KRONIK yang amat jarang diceritakan dan cara MUDAH Untuk mengeluarkannya.

Cara mudah cuci kolon & usus kecil (small intestine)

"Reverse Kidney Stage" anda melalui Plan Pemakanan yang komprehensif.