Usul Makrifah
Adapun
yang terkandung didalam usul ma’rifah ini 4 perkara iaitu
i)
Tauhidul
Af’al
ii)
Tauhidul
Asma’
iii)
Tauhidul
Sifat
iv)
Tauhidul
Zat
TAUHIDUL AFAAL
Adalah
tauhidul af’al ini ertinya meng-esakan Allah Taala pada sekalian perbuatan.Adapun
tauhidul afaal inilah maqam yang dibawah sekali daripada maqam yang diatas-atas
kepada sekalian maqam Arifin billah daripada orang yang salik dan kepada orang yang
ma’juzuk. Erti
orang yang Salik ialah orang yang sungguh ijtihad
dengan riadah dan dengan musyahadah mengamalkan wirid guru dan
ijazah guru tanpa mubah. Erti orang ma’juzuk iaitu
orang yang diambil oleh Allah Ta’ala dengan terkejut tanpa mengamalkan wirid
guru dan ijazah guru.Erti wirid guru ialah sekalian sunnatul-rasul dan erti
ijazah guru sekalian perkataan rasul.
Maka
apabila engkau pandang dengan mata hatimu dan mata kepalamu, tiada ada yang
memperbuat pada sekalian perbuatan didalam alam ini samada perbuatan dirinya
atau yang lainnya, samada perbuatan baik seperti Iman dan taat,samada perbuatan
jahat seperti kufur dan maksiat, samada perbuatan Mubasarah atau perbuatan
tawalud.
Erti
mubasarah seperti jadi huruf yang ditulis orang yang menyurat (atau gerak
tubuh badan kita @benda lain yg bergerak).
Erti tawalud seperti gerak pena yang mencorak
huruf yang dating.Sekaliannya perbuatan itu, tiada ada yang lainnya, hanya
semata-mata ‘af’alullah’ dengan sebenar-benar ‘Haqul-Yaqin’.
Maka
apabila tetap pandangan mata hatimu dan mata kepalamu, bahawasa-nya, tiada ada
yang memperbuat pada sekalian perbuatan didalam alam ini hanya semata-mata
‘Ilallah’ dengan ‘Haqul-Yaqin’ maka baharu engkau mencapai ‘Wahdaniatullahu ta’ala’ pada sekalian Afaal.Maka
lepaslah engkau dari syirik qafi dan ujub dan riak dan takabur, sombong dan
bongkak serta sama’ah dan lain-lainnya.Maka jadilah engkau ahli Tauhid pada
‘Af’alullah’ dengan sebenar-benarnya.
Tauhidul
Asma’
Adalah
tauhidul asma’ ini ertinya meng-esakan Allah Ta’ala pada sekalian nama. Maka
apabila engkau pandang dengan mata hatimu dan mata kepalamu, tiada ada yang
bernama pada sekalian nama yang wujud didalam alam ini samada nama dialam dunia
atau akhirat samada nama yang nyata atau yang ghaib samada nama yang wajib atau
yang mustahil samada nama yang zahir dan yang batin, samada nama yang tersurat
atau yang tersirat, samada nama dialam jabarrud atau malakut atau
lakud.Sekaliannya hanya semata-mata wujud
musammah. Erti musammah iaitu tiap-tiap nama pasti ada yang empunya nama
dipunyai oleh yang bernama Allah, dipunyai oleh yang bernama Muhammad, dipunyai
oleh yang bernama Jibrail. Maka adapun sekalian itu tertakluk takrifnya kepada
Qalamullahu ta’ala akan sekalian asma’ullah semata-mata.
Maka
apabila tetap pandangan mata hatimu dan mata kepalamu, tiada ada yang bernama
pada sekalian nama didalam alam ini hanya semata-mata asma’ullah’ dengan
sebenar-benar ‘Haqul-Yaqin.Maka baharulah engkau mencapai wahdaniatullahu
ta’ala kepada sekalian asma’.Maka baharulah engkau lepas dari syirik qafi dan
ujub dan riak dan takabur, sombong dan bongkak dan sama’ah serta
lain-lainnya.Maka jadilah engkau, ahli Tauhid pada asma’ullah dengan
sebenar-benarnya
Tauhidul
Sifat
Adapun
tauhidul sifat ini ertinya mengesakan Allah Ta’ala pada sekalian rupa.Maka
apabila engkau pandang dengan mata hati dan mata kepalamu, tiada ada yang
berupa pada sekalian rupa yang wujud didalam alam ini samada rupa dirinya atau
yang lainnya,samada rupa didalam dunia atau akhirat,samada rupa yang nyata atau
ghaib, samada rupa yang zahir atau yang batin,samada rupa yang wajib atau yang
mustahil
Sekaliannya
itu ditakrifkan bahawa tiada ada yang kaya melainkan Ilallah,tiada ada yang
berpangkat melainkan Ilallah,tiada ada yang mulia melainkan Ilallah,tiada ada
yang kuat lagi perkasa melainkan Ilallah,tiada ada yang kasih lagi sayang
melainkan Ilallah, tiada ada yang indah dan cantik melainkan Ilallah
semata-mata dengan Haqul-Yaqin.
Maka
apabila tetap pandangan mata hatimu dan mata kepalamu, tiada ada yang berupa
pada sekalian rupa yang wujud didalam alam ini hanya semata-mata sifatullahu
ta’ala dengan sebenar-benar ‘Haqul-Yaqin.Maka baharu engkau mencapai
Wahdaniahullahu ta’ala pada sekalian rupa.
Maka
lepaslah engkau dari syirik qafi dan ujub, dan riak dan takabur, sombong dan
bongkak dan sama’a serta lain-lainnya.Maka jadilah engkau ahli Tauhid pada
sekalian sifatullah dengan sebenar-benarnya.
Tauhidul Zat.
Adapun
tauhidul zat ini ertinya meng-esakan Allah Ta’ala pada sekalian zat.Adalah
maqam Tauhidul-Zat ini maqam kesudahan.Dengan Dialah yang boleh sampai kepada
maqam yang diatas-atas iaitu kepada orang yang arifinbillah dan orang yang
hampir terlebih hadapan dengan Allah.Tiada ada sekalian makhluk yang boleh
sampai kepada maqam baqa’ ini melainkan para-para Anbia dan para-para Aulia dan
para2 sahabah.Maka apabila engkau pandang dengan mata hatimu dengan mata
kepalamu,tiada ada zat yang maujud pada sekalian yang mawjud di dalam alam ini
samada alam yang nyata atau yang ghaib, samada alam yang zahir atau yang batin,
samada alam yang dunia atau akhirat, samada alam Jabar atau Malakut atau Lahut.Tiada
yang lain hanya semata-mata dikatakan wujud mujhir.Tiada ada yang berzat
wujudnya itu disebut Allah & tiada ada yg lain yg maujud disebut ILLA. Maka
sesungguhnya tiada Allah yang diingat.Hanya yang diingati kepada hambanya yang
mukmin. Maka apabila tetap pandangan mata hatimu dan mata kepalamu, bahawa
tiada apa yang berzat pada sekalian zat yang wujud di alam ini, hanya
semata-mata zatullahu ta’ala yang takluk kepada sekalian sifat-sifat padanya
iaitu sifatullah, asma’ullah, dan af’alullah kepada dirinya.Maka baharulah
engkau mencapai ‘Wahdaniatullahu ta’ala’ pada sekalain diri.Maka lepaslah
engkau dari syirik qafi dan ujub dan riak dan takabur dan sombong serta
lain-lainnya.Maka jadilah engkau ahli Tauhid pada zatullah dengan
sebenar-benarnya.
Comments
Post a Comment