Sifat 20

Sifat 20 adalah sifat diri kita.Jikalau Allah hanya mempunyai 20 sifat, maka miskinlah DIA.


Usuluddin

Adapun usuluddin ini mengambil perkataannya 2 orang ulama yang menerbitkan kitab Usuluddin yang bernama Abu Mansur Maturidi dan Abu Hassan Al-Sya’ari yang bermula dengan perkataan:

1)Wujud

Wujud ertinya ada lawannya  adam erti tiada. Mustahil tiada, wajib ada tandanya wajib ada, adanya kita sekalian
Soal:
Apakah yang ada itu?

Jawapan : Adapun yang ada itu zatnya, sifatnya, asma’nya, dan af’alnya.
Soal:
Apakah erti zat, sifat, asma’ dan af’al?
Jawapan: Adapun zat itu diri, sifat itu rupa, asma’ itu nama, dan af’al itu perbuatan

Soal:
Apakah kaitannya zat, sifat, asma’ dan af’al itu dengan yang disebut si-Nya?
Jawapan:
Adapun zat, sifat, asma’ dan af’al itu kepunyaan si-Nya, tetapi si-Nya itu bukanlah zat, bukanlah sifat, bukanlah asma’ dan bukanlah af’al. Hanya yang lazim disebut apabila zat, sifat, asma’ dan af’al itu dipunyai oleh si-Nya, maka dikatakanlah zat it  zatNya, sifat itu sifatNya, asma’ itu asma’Nya, dan af’al itu af’alNya.

2) Qidam

Qidam ertinya sedia lawannya huduth, ertinya baharu.Mustahil baharu,
wajib sedia. 
Tandanya wajib sedia, adanya kita sekalian

3) Baqa’
Baqa ertinya kekal lawannya turuwwul adam  ertinya tiada kekal.Mustahil tiada kekal, wajib kekal, tandanya wajib kekal, adanya kita sekalian.

4)Mukhalafatuhu ta’ala  lilhawadith
Mukhalafattuhu ta'ala lil hawadith ertinya bersalahan dengan sekalian yang baharu lawannya  mumasa’atu ta'ala lilhawadith bererti bersamaan dengan sekalian yang lain.
Mustahil bersamaan, wajib bersalahan.Tandanya wajib bersalahan, adanya kita sekalian.

5)Qiamuhu ta’ala binafsih
Qiamuhu ta’ala binafsih ertinya berdiri sendirinya lawannya layaqunu qaimam binafsih beerti tiada berdiri sendirinya.Mustahil tiada berdiri sendirinya, wajib berdiri sendirinya Tandanya wajib berdiri sendirinya, adanya kita sekalian

6)Wahdaniah
Wahdaniah ertinya esa lawannya layaqunu wahidan beerti tiada esa.Mustahil tiada esa, wajib esa.
Tandanya wajib esa, adanya kita sekalian

7) Qudrat
Qudrat ertinya berkuasa lawannya a’jas iaitu lemah.
Mustahil lemah, wajib berkuasa, tandanya wajib berkuasa, adanya kita sekalian.

8) Iradat
Iradat ertinya berkehendak  lawannya qarahah iaitu tiada berkehendak.
Mustahil tiada berkehendak wajib berkehendak. Tandanya wajib berkehendak, adanya kita sekalian.

9)Ilmu
Ilmu ertinya mengetahui, lawannya jahlu iaitu tiada mengetahui.Mustahil tiada mengetahui, wajib mengetahui.Tandanya wajib mengetahui, adanya kita sekalian.

10) Hayat
Hayat ertinya hidup lawannya maut iaitu mati.Mustahil mati, wajib hidup.Tandanya wajib hidup, adanya kita sekalian.

11)Sama’
Samaq ertinya mendengar lawannya asam iaitu pekak.Mustahil pekak, wajib mendengar.Tandanya wajib mendengar, adanya kita sekalian.

12)Basar
Basar ertinya melihat lawannya baqam iaitu buta.
Mustahil buta, wajib melihat. Tandanya wajib melihat, adanya kita sekalian.

13) Qalam
Qalam ertinya berkata-kata lawannya amma iaitu bisu.
Mustahil bisu, wajib berkata-kata.Tandanya wajib berkata-kata, adanya kita sekalian.

14) Qadirun
Qadirun ertinya yang berkuasa lawannya ajizun iaitu yang lemah.Mustahil yang lemah, wajib yang berkuasa.Tandanya wajib yang berkuasa, adanya kita sekalian.
Soal: 
Mengapakah dikatakan qadirun itu yang berkuasa.
Jawapan;
Adapun dikatakan qadirun itu yang berkuasa kerana sifat qudrat yang berdiri kepada zat. Maka lazimlah dikatakan qadirun itu dipanggil yang berkuasa.

15) Muridun
Muridun ertinya yang berkehendak lawannya qarihun iaitu yang tiada berkehendak.Mustahil yang tiada berkehendak wajib yang berkehendak. Tandanya  wajib yang berkehendak adanya kita sekelian

16)Alimun
Alimun ertinya yang mengetahui lawannya jahilun iaitu yang tidak mengetahui.
Mustahil yang tiada mengetahui, wajib yang mengetahui.Tandanya  wajib mengetahui adanya kita sekalian.

17) Hayyun
Hayyun ertinya yang hidup lawannya maiyyitun iaitu yang mati.Mustahil yang mati, wajib yang hidup.Tandanya wajib yng  adanya kita sekalian.

18) Sami’un
Samiun ertinya yang mendengar lawannya assamun iaitu yang pekak.
Mustahil yang pekak, wajib yang mendengar.Tandanya wajib yang mendengar adanya kita sekalian.

19) Basirun
Basirun ertinya yang melihat lawannya abqamun iaitu yang buta
Mustahil yang buta, wajib yang melihat.Tandanya wajib yang melihat adanya kita sekalian.

20) Mutaqalimun

Mutaqalimun ertinya yang berkata-kata lawannya a’miun iaitu yang bisu.
Mustahil yang bisu, wajib yang berkata-kata.Tandanya wajib yang berkata kata adanya kita sekalian.

Comments

Popular posts from this blog

Gallstones dalam Hati & Pundi Hempedu - Punca utama penyakit KRONIK yang amat jarang diceritakan dan cara MUDAH Untuk mengeluarkannya.

Cara mudah cuci kolon & usus kecil (small intestine)

"Reverse Kidney Stage" anda melalui Plan Pemakanan yang komprehensif.