Hamba Allah
Adab sopan yang paling utama dijaga adalah yang menyentuh keyakinan
bahawa Allah s.w.t adalah Tuhan sekalian alam, Maha Bijaksana dan Maha
Mengerti dalam urusan mentadbir dan menguruskan penghidupan sekalian
makhluk yang dicipta-Nya. Seorang hamba hendaklah yakin kepada
kebijaksanaan Tuannya. Terserah kepada Tuannya memilih layanan yang
hendak diberikan kepada si hamba itu.
Ibrahim bin Adham telah menceritakan kisah beliau membeli seorang hamba.
Berikut adalah percakapannya dengan hamba yang dibelinya itu:
Ibrahim: “ Siapakah nama kamu?”
Hamba : “ Panggil sahaja dengan nama apa yang tuan suka”.
Ibrahim : “ Apa yang kamu ingin makan?”
Hamba : “ Apa sahaja makanan yang tuan beri”.
Ibrahim : “ Apakah pakaian yang kamu perlukan?”
Hamba : “ Apa sahaja pakaian yang tuan mahu berikan”.
Ibrahim : “ Apa pekerjaan yang kam...