Doa Itu adalah untuk diri sendiri
Doa Itu Sebenarnya Untuk Diri Sendiri Jika semua ini benar… Maka tanyalah pada diri kita sendiri, ‘apakah aku telah bersiap sedia dengan kehidupan yang menantiku setelah kematian?’ Apakah jawabannya yang membuatkan kita senang? Jika tidak, maka sekarang lah waktu yang terbaik untuk kita mulai mempersiapkannya. Apakah maksud sebenar bersiap-siap untuk akhirat ? Sebelum ini, kita telah membicarakan mengenai doa dan bagaimana ia berkaitan dengan susunan bioelektrik dan biokimia otak. Sebenarnya, kebanyakan doa berfungsi untuk mengisi tenaga bioelektrik otak, kerana tenaga ini dinilai oleh otak, dan di tukar kepada tubuh-gelombang sebagai ilmu dan kekuatan. kerana hal ini, apabila otak berhenti bekerja dan menjadi tidak aktif, yakni ketika kematian dirasakan, doa menjadi tidak berguna lagi . Inilah sebabnya amalan-amalan yang dianjurkan syariat ( hukum Islam ) tidak berlaku lagi di kehidupan akhirat. kerana semua anjura...