Pecahan Sifat 20

 Adapun sifat 20 ini terbahagi pecahannya kepada 4 bahagian iaitu

1.Nafsiah
2.Salbiah
3.Maani
4.Maknawiyah


Sifat Nafsiah

Adapun yang terkandung di dalam sifat Nafsiah ini, satu sifat iaitu
1)Wujud.

Maka adalah dalil baginya

Hiya halul wajibatulizat madamati zat khairu muaal lalatim biilah

Ertinya Hal yang wajib bagi zat selama kekal zat, tiada dikeranakan dengan sesuatu kerana.
Maka adalah serta hakikat hal keadaanya

Mawjud pada jihin dan tiada maujud pada Harij.

Erti jihin mawjud sifat kepada zat erti
harij memberi bekas kepada sekalian wujud sekelain alam

+-

Sifat Salbiah

Adapun yang terkandung di dalam sifat Salbiah ini 5 sifat iaitu:

1).Qidam
2)Baqa’
3)Mukhalafatuhu lilhawadith
4)Qiyamuhu ta’ala binafsih
5)Wahdaniah

Maka adalah dalil baginya

Hiya ibaratun annafyil  malayalikubihi jalla waaza

Ertinya adalah ia ibarat menafikan barang yang tiada patut bagi hak Allah Ta’ala jalla wa’azza

Maka adalah serta hakikat hal keadaannya tiada mawujud pada jihin dan tiada mawujud pada Harij

Hanya yang mawujud pada khabar, yakni mengkhabarkan sekalian kenyataan zat.

Sifat Ma’ani

Adapun yang terkandung di dalam sifat Maani ini 7 sifat iaitu
1)Qudrat
2)Iradat
3)Ilmu
4)Hayat
5)Sama’
6)Basar
7)Qalam

Maka adalah dalil baginya

Kullu  sifatin maujudatin kho imatin bimaujudin au jabat lahu hukmah

Ertinya tiap-tiap sifat yang mawjud berdiri kepada yang mawjud maka mewajibkan satu hokum.
Maka adalah serta hakikat hal keadaanya mawjud pada jihin dan mawjud kepada Harij

Erti jihin mawjud sifat kepada zat erti
harij memberi bekas kepada sekalian wujud sekelain alam


++

Sifat Ma’nawiyah

Adapun yang terkandung di dalam sifat Ma’awiyah ini 7 sifat
1)Qadirun
2)Muridun
3)Hayyun
4)Sami’un
5)Basirun
6)Mutaqalimun

Maka adalah dalil baginya

Hiya halul wajibatulizat madamati zat khairu muaal lalatam biilah

Ertinya Hal yang wajib bagi zat selama kekal zat di keranakan oleh sesuatu kerana, maka adalah terkerana ia oleh sifat Ma’ani. Maka kerana itulah dikatakan sifat Ma’ani itu hukum dan sifat Ma’awiyah ini hakim.Maka lazimlah bagi hakim melaksanakan hukum.

Maka adalah serta hakikat hal keadaannya tiada mawjud pada Jihin mawjud pada Harij.

Erti jihin mawjud sifat kepada zat, erti
harij memberi bekas kepada sekalian wujud sekelain alam

-+
Zat wujud wajib – setiap yang kita lihat

Zat wujud mustahil – sesuautu yang ghaib.

Comments

Popular posts from this blog

Gallstones dalam Hati & Pundi Hempedu - Punca utama penyakit KRONIK yang amat jarang diceritakan dan cara MUDAH Untuk mengeluarkannya.

Cara mudah cuci kolon & usus kecil (small intestine)

"Reverse Kidney Stage" anda melalui Plan Pemakanan yang komprehensif.