Dimana Kau Pandang, Disitulah WajahNya.
Ayat dia atas bermaksud wajah kita ini ada wajahNya. Maksudnya...walau kemana kepala(wajah) kita menghadap..disitulah wajahnya..bukan melihat kepada objek diluar kerana apa2 objek diluar sudah jatuh baharu atau fana.Maksud jatuh baharu atau fana ialah apa2 yg kita dapat dengar, lihat, rasa semuanya binasa iaitu tidak menyampaikan keimanan kita kepada Allah.
Cuba fahami ayat Al Quran ini:
“Bukanlah kamu yang memanah ketika kamu memanah, akan tetapi Allah-lah yang memanah”(QS Al-Anfal:(8)/ 17).
Semua perbuatan kita termasuk segalanya sudah SE dengannya .Tidak terlepas walaupun sebesar zarah. Semua sudah SeZat,SeSifat,SeAsma & SeAfal.
(rujuk sifir usuluddin)
(rujuk sifir usuluddin)
Jikalau kita masih membayangkan diri kita & Allah adalah 2 entiti berbeza(duality), bermakna kita tidak benar2 memahami kalimah Tauhid.Bagaimana penyaksian yang sebenar2 boleh kamu saksikan jika tidak benar2 memahami kalimah ini.Tidak ada bezanya agama lain dengan agama kita kalau tidak sebenar2nya mengenal ALLAH.
Sepertimana ayat Al Quran di bawah :
Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Mengabdi kepadaKu
Az-Zariyat:56
Az-Zariyat:56
Ertinya Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Mengenal Aku.
Tujuan utama kita dihidupkan adalah utk mengenal DIA, bukan dijadikan utk perkara2 lain.
SubhanAllah, mudah diucapkan tapi sulit untuk dilakukan.... 🤭
ReplyDelete