Perjalanan saya (Muhammad Zainal) -Head of Therapist AktifOtak-

✅Seringkali mana2 ibu dan ayah apabila minta nasihat dari saya.. saya akan cakap selagi ada nyawa selagi tu terus berusaha... Ayat ni merujuk kepada kehidupan saya..

✅Saya dilahirkan pada tahun 1987.. seorang bayi pramatang.. masa saya kanak-kanak mudah kena penyakit dan lambat nak sembuh.. membesar tanpa kasih sayang mak dan ayah juga adik beradik( saya anak bongsu), ayah saya meninggal masa umur saya 10 tahun mak dan kakak saya meninggal masa saya berumur 14 tahun.. 

✅Selepas mak saya meninggal saya sorang2 membawa diri.. kakak yang lain sudah berkahwin dan duduk jauh. Saya mengalami kemurungan, dan bila saya murung saya akan kena sawan.. benda tu berlanjutan hampir 6 tahun.. 

✅Seperti remaja bermasalah yang lain.. saya mula bersosial dan AlhamduLILLAH.. ada satu Abang yang sangat hormati sehingga kini telah menyelamatkan saya.. dan kata2 yang saya tak lupa ialah " hang target esok nak mampuih ka?!!" tersentak juga hati saya "uish.. lain macam punya nasihat ni" tapi saya tau Beliau Sangat Ikhlas.. Beliau yang asuh saya sehingga saya di tahap ini.. 

✅Rentetan dari penyakit saya tu saya sukar untuk belajar sesuatu yang baru .. tapi saya tak berputus asa ..a setelah mendapat Nasihat dari pelbagai pihak.. saya cuba majukan diri saya secara perlahan-lahan..

✅Saya tak malu nak katakan yang saya sampai sekarang belum pandai untuk memandu kereta.. saya tak pandai seperti kawan kawan yang lain.. tapi saya ada semangat untuk terus kehidupan di atas cara saya sendiri..

✅Jadi, ingatlah.. saya boleh baiki dan rawat diri saya tanpa mak ayah.. sedangkan anak2 AO ni ada mak dan ayah.. anak masih kecil.. Jangan putus asa.. cuba sampai jaya.. rawatan ni ambik masa.. takde ubat ajaib.. kena usaha yang berterusan..

✅Ingat!! Selagi ada nyawa selagi tu terus berusaha 💪🔥.

📌Gambar goreng char Koay diambil pada tahun 2019 (malam goreng siang urut di AktifOtak). 2020 sehingga kini saya sepenuh masa dengan aktifotak.. Mohon sudi Doakan saya Dianugerahkan kesihatan dan kekuatan terus istiqamah dalam membantu anak anak yang mengalami masalah perkembangan 🙏🙏

AKHIR KATA DARI SAYA!!

✅Manfaatkan teknik yang diajar. 
✅Habiskan 16 sesi.
✅Dah habis 16 sesi boleh sambung lagi dengan terapis ataupun buat sendiri minimum 1 tahun maximum tiada had.
✅Korbankan waktu untuk terapi anak.
✅Jangan mudah putus asa.
✅Jangan kalah dengan anak.

✅Saya, berpengalaman 5 tahun di aktifotak.. secara ikhlas dan rendah diri menyeru para ibu bapa.. teruskan rawat otak anak2.. jangan buat kerja tak habis.. habiskan 16 sesi dan teruskan sendiri atau guna perkhidmatan terapis sehingga 3 tahun atau lebih.. 

✅Proses healing, proses detoksifikasi adalah perkara biasa dalam rawatan alternatif.. 

✅Mana ibubapa yang berhenti sekerat jalan pabila saya bertanya semula pada mereka bagaimana perkembangan anak.. mereka berkata tiada apa2 perubahan malah lagi teruk.. berbeza pula yang teruskan perjuangan.. ada yang dari servere ke high functioning dan ada juga masuk aliran perdana

✅Jadi anda ingin jadi ibubapa yang bagaimana.?!
Hanya sekadar meluahkan rasa tanpa berbuat apa2.. Atau sepenuh jiwa raga berjuang untuk mereka!??

Tambahan dari cerita di atas

Darjah 1. Saya pernah ditinggalkan tanpa sebab di Kampung setengah tahun.. Rupanya keluarga mula bergolak.
Pernah lihat ayah di tolak oleh individu sampai jatuh dalam long kang dan mengakibatkan Ayah saya patah peha dan masuk besi.

Darjah 2. Saya dan Mak dihalau dari rumah oleh individu setelah ayah saya mula menunjukkan keadaan diri sudah tidak sihat . Dalam tahun ni kami berpindah randah dua beranak.
Masa Darjah 2 ni saya pernah nak di pukul oleh individu dengan helmet di kepala.. Menangis Teresak esak ketika itu.. Saya pernah di pukul dengan rotan oleh individu tersebut sehingga melecet berdarah satu badan.

Darjah 3. Masih berpindah randah tanpa arah... Tahun ni saya diuji dengan penyakit kulit selama beberapa bulan (orang kata Kena ludah) sebab takde pemawar. Tisu kaki koyak akibat ditolak oleh kawan. Pernah Kena ragut( masa ni gatal p pegang handbag mak ).

Darjah 4.. Mak saya dapat fight balik untuk duduk rumah sendiri ( masa ni ayah dah dekat rumah orang2 warga mas )
Tak lama kemudian ayah saya meninggal..
Saya demam panas 10 hari dan masuk air.

Darjah 5. Saya mula tunjuk Perangai nakal dan degil.. Suka melawan. Mula ponteng sekolah. Tapi biasalah.. Zaman tu mak mana Kasi can😅😂.. Kena tibai la😆.

Darjah 6.. Yang ni makin mencabar.. Saya melihat depan mata individu mau tikam mak saya dalam rumah.. Tapi AlhamdulILLAH mak saya Selamat. Individu tersebut mula tunjuk belang dan bawa kawan2 penagih buat hal di rumah dan Kena tangkap selepas itu.. Lepas lama kemudian dia dijamin oleh kawan2, individu tersebut bawa saya ke kumpulan mereka di Kampung Baru.. Dalam tu saya lihat sekumpulan penagih sedang asyik dengan aktiviti mereka.. Saya mula takut dan merintih dalam hati.. Saya duduk dengan mereka selama seminggu.. Saya tak tau apa tujuan individu tersebut letak saya di situ ( takut saya dijual ). Tapi AlhamdulILLAH.. ALLAH Selamat kan saya dan saya balik ke rumah.
Tahun ni juga saya makin kerap ponteng dan makin kuat melawan..

Tingkatan 1.. Individu tersebut semakin agresif. Tanpa rasa takut.. Buat aktiviti terlarang dalam rumah.. Bergaduh dengan individu satu lagi dengan pisau. Sekali lagi hampir tikam mak saya.. Dan saya pun dah mula nak cenderung ke arah situ..

Tingkatan 2.. Mak saya Cuba jauhkan saya dari mereka.. Saya di masukkan di sekolah tahfiz.. Start dari situ bermulalah cerita didalam blog ni..

Apa yang menyebabkan mental saya ketika ini semakin teruk ialah individu2 tersebut adalah dari kalangan keluarga saya sendiri..
Rasa2 seorang budak tak rosakkah mentalnya melihat kejadian seperti itu?

Tapi AlhamdulILLAH.. RAHMAT KASIH SAYANG ALLAH.. saya di sini sekarang...

Nasihat saya.. Jangan lihat kisah lalu lagi.. Dah tak valid.. Fikir sekarang dan ke depan. Cari benda2 positif.. Jangan duduk hanya mengeluh.. Sentiasa ada jalan keluar. 

Manusia akan diuji mengikut level Masing2..
Kena Terima dengan hati yang terbuka.
Pasti ada jalan keluarnya

 *Selagi ada nyawa selagi tu terus berusaha*


Comments

Popular posts from this blog

Gallstones dalam Hati & Pundi Hempedu - Punca utama penyakit KRONIK yang amat jarang diceritakan dan cara MUDAH Untuk mengeluarkannya.

Cara mudah cuci kolon & usus kecil (small intestine)

"Reverse Kidney Stage" anda melalui Plan Pemakanan yang komprehensif.