Kaedah menangani Temper Tantrum & Sensory Meltdown


Menurut kajian oleh Nur Firdaus ( 2017) pakar perunding kanak pendidikan & keibubapaan, Ada 2 jenis tantrum iaitu Temper tantrum (TT) tertekan kerana tidak dapat meluahkan apa yang di rasanya dan Sensory Meltdown (sm) tertekan dengan persekitaran.

Lazimnya fenomena mengamuk ini normal kepada kanak-kanak dibawah 7 tahun dan akan berkurangan apabila usia makin meningkat matang. 

Mereka ingan meluahkan apa yang mereka rasai dengan cara mereka.

Berikut adalah cara yang boleh dilakukan semasa menghadapi anak yang sedang mengamuk melalui kajian berkenaan: 

1. Bertenang. Tiada apa yang serius pada tantrum. Ia hanyalah satu ledakan emosi. Jika anda berasa marah melihat kelakuan anak, sebaiknya tinggalkan dia seketika namun pastikan dia dalam keadaan selamat.

2. Biarkan anak (ikut keadaan). Seperti orang dewasa, setiap kanak-kanak kecil adalah berbeza. Ada yang sesuai ditinggalkan sebentar semasa tantrum, dan ada yang lebih perlu dipeluk erat untuk meredakan tekanan mereka.

3. Peluk erat, berdoa dan ucap sayang. Sama ada kita memeluk selepas membiarkan anak atau terus memeluknya, jangan jadikan ia pelukan yang kosong. Bacalah doa yang sesuai seperti ayat-19 Surah asy-Syura adalah antara yang ringkas dan mudah dihafal. Kemudian ucapkanlah bahawa kita betul-betul sayangkan mereka.

4. Kekal memeluk sehingga anak tenang. Tantrum sebenarnya menggunakan banyak tenaga dan kekuatan anak.

5. Bantu dan galakkan anak untuk tenangkan diri sendiri. Minta anak duduk, atau berbaring, ambil nafas yang panjang dan pegang tangan.

6. Jangan terlalu memberi apa yang anak mahukan daripada tantrum tadi terutama jika ia disebabkan keinginan mendapatkan permainan, makanan ringan dan seumpamanya kerana anak boleh memanipulasi ibu bapa pada masa akan datang.

7. Terus beri apa yang diinginkan daripada tantrum tadi jika ia adalah keperluan seperti makanan, minuman dan rehat.

Comments

Popular posts from this blog

Gallstones dalam Hati & Pundi Hempedu - Punca utama penyakit KRONIK yang amat jarang diceritakan dan cara MUDAH Untuk mengeluarkannya.

Cara mudah cuci kolon & usus kecil (small intestine)

"Reverse Kidney Stage" anda melalui Plan Pemakanan yang komprehensif.