Ubat kencing manis bukan menyembuhkan, ia hanya mengawal, ramai salah faham.
Perlu difahami bahawa fungsi ubat kencing manis bukanlah untuk memulihkan kencing manis. Ini kerana penyakit kencing manis itu sendiri merupakan penyakit yang chronic iaitu penyakit yang akan berlaku secara berpanjangan.
Penyebab utama berlakunya penyakit kencing manis atau diabetes adalah disebabkan 2 perkara iaitu
1) Insulin Resistance(Insulin tidak berkesan)
Insulin resistance(IR) atau kerintangan insulin adalah keadaan di mana jumlah insulin normal tidak lagi mencukupi bagi menghasilkan tindak balas insulin normal terhadap sel lemak, otot, dan hati.
Ketika mengalami insulin resistance, pancreas kita tetap menghasilkan insulin, tetapi sel-sel tubuh tidak menyerap glukos dan ini menyebabkan kadar glukosa dalam darah lebih tinggi dari ukuran yang normal. Insulin resistance merupakan salah satu penyebab diabetes type 2.
2) Insulin deficiency(Kekurangan hormone insulin)
Apabila kita selalu makan makanan yang manis, ini akan membebankan sel beta Langerhans di dalam pancreas dan menyebabkan ia ‘exhausted’ pada jangka masa yang lama.
Apabila kita semakin tua, sel2 ini mati dan menyebabkan kadar penghasilan insulin sangat rendah. Apabila insulin rendah, gula tidak dapat diturunkan dengan begitu efektif. Ini juga akan menyebabkan kencing manis.
Fungsi utama insulin
Fungsi utrama adalah menurunkan gula dalam darah dengan cara membuka pintu pada sel-sel untuk membenarkan gula masuk ke dalam sel. Ini akan menurunkan gula dalam darah.
Kebanyakkan pesakit kencing manis adalah disebabkan Insulin Resistance yang berlaku pada Diabetic Mellitus type II(penyakit kencing manis jenis yang ke-2).
Disebabkan berat badan yang bertambah(Obese), ini akan menyebabkan kerintangan pada insulin. Maka, Insulin tidak boleh menjalankan fungsinya dengan betul dan gula masih banyak di dalam darah.
Sebab itu pada pesakit yang mempunyai kencing manis salah satu nasihat yang kita berikan adalah untuk mengurangkan berat badan dengan cara bersenam mahupun dgn diet. Bila berat badan semakin kurang, maka Insulin resistance semakin terkawal. Bila Insulin resistance semakin terkawal, kencing manis pun akan terkawal.
Dan ada juga sesetengah pesakit yang tidak obese, tetapi masih mempunyai kencing manis. Ini mungkin disebabkan pada usia muda dia selalu mengambil makanan yang manis. Insulin merupakan hormone yg dihasilkan oleh sel beta Langerhans di dalam pancreas.
Apabila kita selalu makan makanan yang manis, ini akan membebankan sel beta Langerhans di dalam pancreas dan menyebabkan ia ‘exhausted’ pada jangka masa yang lama.
Apabila kita semakin tua, sel2 ini mati dan menyebabkan kadar penghasilan insulin sangat rendah. Apabila insulin rendah, gula tidak dapat diturunkan dengan begitu efektif. Ini juga akan menyebabkan kencing manis
Ubat kencing manis
Pelbagai ubat kencing manis di dalam pasaran dan ianya mempunyai pelbagai fungsi. Ada yang menurunkan penghasilan gula daripada hati, ada yang bertindak untuk menambahkan penghasilan insulin daripada pancreas, ada yang menghalang penyerapan gula daripada usus, ada yang menggantikan insulin dalam badan itu sendiri dan sebagainya. Tiada ubat yang menyembuhkan penyakit itu sendiri.
Ada yang berfikir kalau ubat ini tak mampu memulihkan kencing manis, kenapa perlu ambil?
1)Kencing manis tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal.Benarkah?
2) Ubat yang diberi itu merupakan salah satu cara untuk mengawal penyakit kencing manis
3) Ubat kencing manis bukan menjadi lesen untuk kita memakan sesuka hati.
4)Perlunya diikuti dengan kawalan dalam makanan dan juga exercise
5) Jika terlebih berat badan, dinasihatkan untuk menurunkan berat badan hingga ke tahap yang normal. Ini akan memulihkan ‘insulin resistance’ seterusnya kawalan gula. Kajian telah menunjukkan kencing manis boleh dipulihkan semula dengan mengurangkan berat badan ke BMI yang normal.
Comments
Post a Comment