Posts

Showing posts from May, 2021

Ubat kencing manis bukan menyembuhkan, ia hanya mengawal, ramai salah faham.

Image
Ubat kencing manis bukan menyembuhkan, ia hanya mengawal.  "makan ubat dah lama, tapi diabetes tak elok jugak " Perlu difahami bahawa fungsi ubat kencing manis bukanlah untuk memulihkan kencing manis. Ini kerana penyakit kencing manis itu sendiri merupakan penyakit yang chronic iaitu penyakit yang akan berlaku secara berpanjangan. Penyebab utama berlakunya penyakit kencing manis atau diabetes adalah disebabkan 2 perkara iaitu 1) Insulin Resistance(Insulin tidak berkesan) Insulin resistance(IR) atau kerintangan insulin adalah keadaan di mana jumlah insulin normal tidak lagi mencukupi bagi menghasilkan tindak balas insulin normal terhadap sel lemak, otot, dan hati. Ketika mengalami insulin resistance, pancreas kita tetap menghasilkan insulin, tetapi sel-sel tubuh tidak menyerap glukos dan ini menyebabkan kadar glukosa dalam darah lebih tinggi dari ukuran yang normal. Insulin resistance merupakan salah satu penyebab diabetes type 2. 2) Insulin deficiency...

Blueberry dan Cranberry melindungi buah pinggang, jantung, mata & kulit anda.

Image
Jangkitan saluran kencing@Urinary Tract Infections (UTI) biasanya disebabkan oleh bakteria, terutamanya E. coli, yang melekat pada dinding pundi kencing atau buah pinggang.  Banyak kajian saintifik mendapati blueberry dan cranberry bermanfaat dalam memerangi UTIs dengan menyekat atau melarang pertumbuhan bakteria. Jus Cranberry secara tradisional diketahui dapat membersihkan jangkitan pundi kencing atau jangkitan saluran kencing dalam satu hingga dua hari. Ambil dua hingga tiga auns jus tiga hingga empat kali sehari, kira-kira 2 jam sebelum makan dan sebelum tidur. Penyelidikan menunjukkan bahawa blueberry mengandungi kepekatan antioksidan yang tinggi dengan khasiat bermanfaat perubatan. Manfaat perubatan Blueberry yang dilaporkan termasuk mencegah masalah saluran kencing jangkitan, merangsang aktiviti anti-barah, mengurangkan risiko penyakit jantung, menguatkan kolagen, mengatur gula darah, meningkatkan penglihatan malam, mengurangkan replikasi virus HIV, dan merawat c...