DIABETES : Kenapa HATI lebih penting dari INSULIN.

 
Kita selalunya diberitahu bahawa Diabetes tidak boleh "reverse" atau elok atau tiada penawar.
Ketahuilah bahawa ia sebenarnya adalah 100% tidak benar dan inilah masanya korang mengetahui perkara yang sebenar.

Hati kita secara umumnya menerima 30% darah yang beredar di sistem setiap minit. Ini adalah kilang utama di dalam badan korang sendiri dimana tugasnya membantu membuang toksin berbahaya termasuk juga  menyebarkan dan menyimpan nutrien penting untuk badan kita.. 

Korang mesti nak tahu apakah peranan hati dalam diabetes? Sebenarnya ... Banyak!

Peranan hati dalam diabetes adalah yang paling DIABAIKAN oleh "modern medicine".Kita banyak diberikan maklumat yang salah atau kurang tepat. Amat mendukacitakan biasanya pengakhiran untuk pesakit Diabetes biasanya adalah dengan pengambilan ubat-ubatan sehingga ke akhir hayat.

Jangan terkejut kalau saya katakan bahawa HATI kita berperanan lebih besar dalam mengimbangkan gula darah  daripada pankreas sendiri.

Hati kita bukan sahaja dapat mengeluarkan sejumlah besar glukos berlebihan dari aliran darah anda, tetapi juga dapat menambahkannya jika terlalu rendah.

Sebenarnya, HATI lebih 100 kali lebih berkesan untuk mengatur gula darah anda daripada insulin. Jumlah gula yang kita simpan di dalam badan kita, dapat membantu mengembalikan kadar gula dalam darah tanpa memerlukan insulin sebenarnya.

Bagaimana ia dilakukan?

Proses ini menggunakan hormon yang dipanggil IGF(Insulin Like Growth factor) yang terdapat di hati & badan korang.

Hormon ini membantu mengatur kadar gula dalam darah kita. Ini adalah cara semula jadi tubuh kita untuk mengekalkan kadar gula dalam darah kita sekitar 100.

Untuk badan mencari gula, hati kita akan terlebih dahulu mencari glikogen atau gula yang tersimpan. Gula yang tersimpan boleh dijumpai pada otot-otot dalam badan atau dalam hati itu sendiri. Sekiranya kita tidak mempunyai gula yang tersimpan, hati akan mengambil lemak di dalam badan  dan mengubahnya menjadi gula. Ini adalah cara tubuh kita untuk mengekalkan gula.

Jadi ia dapat digunakan dengan cepat sekiranya berlaku kecemasan seperti kejutan atau jika kita berpuasa dengan  menggunakan lemak dalam badan kita untuk mendapatkan gula.

Penyebab sebenar diabetes mempunyai banyak kaitan dengan kadar lemak dalam darah. Sekiranya hati  tidak berfungsi dengan baik, ia tidak akan dapat menjalankan tugasnya membuang lemak dari darah. Hati kita sebenarnya melakukan begitu banyak perkara yang luar biasa.

Oleh itu, bagaimana hati dapat membantu menyembuhkan diabetes? 

Tiada cara lain selain daripada meningkatkan fungsi hati kita dengan membuat Protokol  Liver &  Gallbladder Flush iaitu dengan membuang Gallstones(punca utama gangguan) di dalam hati. 

Dengan meningkatkan fungsi  hati, ia akan membantu mengatasi tekanan pankreas dan menjadikan sel-sel di dalam badan kita lebih mudah menyerap dan menggunakan gula dengan betul.

Dr David Pearson
Independent Medical Researcher specializing in insulin production and diabetes

Bagaimanakah Kaedah Liver Flush(LGBF) yang dimaksudkan di atas?
Silap baca blog di bawah berserta testimoni.

Xx

Comments

Popular posts from this blog

Gallstones dalam Hati & Pundi Hempedu - Punca utama penyakit KRONIK yang amat jarang diceritakan dan cara MUDAH Untuk mengeluarkannya.

Cara mudah cuci kolon & usus kecil (small intestine)

"Reverse Kidney Stage" anda melalui Plan Pemakanan yang komprehensif.