DIABETES : Kenapa HATI lebih penting dari INSULIN.
Kita selalunya diberitahu bahawa Diabetes tidak boleh "reverse" atau elok atau tiada penawar. Ketahuilah bahawa ia sebenarnya adalah 100% tidak benar dan inilah masanya korang mengetahui perkara yang sebenar. Hati kita secara umumnya menerima 30% darah yang beredar di sistem setiap minit. Ini adalah kilang utama di dalam badan korang sendiri dimana tugasnya membantu membuang toksin berbahaya termasuk juga menyebarkan dan menyimpan nutrien penting untuk badan kita.. Korang mesti nak tahu apakah peranan hati dalam diabetes? Sebenarnya ... Banyak ! Peranan hati dalam diabetes adalah yang paling DIABAIKAN oleh "modern medicine".Kita banyak diberikan maklumat yang salah atau kurang tepat. Amat mendukacitakan biasanya pengakhiran untuk pesakit Diabetes biasanya adalah dengan pengambilan ubat-ubatan sehingga ke akhir hayat. Jangan terkejut kalau saya katakan bahawa HATI kita berperanan lebih besar dalam mengimbangkan gula darah daripada pankreas ...