Keracunan dalam daging


Penyelidikan menunjukkan bahawa  pemakan daging mempunyai cacing dan  parasit yang tinggi di dalam usus. Ini tidak menghairankan memandangkan fakta bahawa daging adalah sasaran kegemaran
mikroorganisma pelbagai jenis. 

Kajian tahun 1996 oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA)
menunjukkan bahawa hampir 80% daging lembu tercemar dengan kuman penyebab penyakit. Sumber utama kuman ini adalah najis. 

Kajian yang dilakukan oleh University of Arizona mendapati terdapat lebih banyak bakteria di sinki dapur daripada di mangkuk tandas.   

Kuman dan parasit yang terdapat pada daging melemahkan sistem imun badan kita dan menjadi sumber kepada  penyakit. Sebenarnya, kebanyakan keracunan makanan hari ini berkaitan dengan pemakanan daging. 

Semasa wabak besar di Glasgow, seramai 16 daripada lebih 200 orang yang dijangkiti mati akibat dari E. coli yang tercemar dalam daging di.mana wabak ini kerap dilaporkan di Scotland dan banyak bahagian lain di dunia. Lebih daripada setengah  juta orang Amerika, kebanyakan mereka kanak-kanak, telah diserang penyakit bakteria  (E. coli) dalam daging.

Kuman E Coli di dalam daging ini juga  adalah penyebab utama kegagalan buah pinggang di kalangan kanak-kanak di Amerika Syarikat. Kenyataan ini seharusnya membuka mata setiap ibu bapa yang bertanggungjawab untuk mengelakkan daging sebagai menu makanan . Tidak semua parasit bertindak begitu cepat seperti E. coli. Sebilangan besar daripadanya mempunyai kesan jangka panjang yang dapat dikesan hanya setelah bertahun-tahun makan daging. 

Kerajaan dan industri makanan berusaha mengalihkan perhatian dari masalah pencemaran daging yang semakin meningkat dengan mengatakan  bahawa ia bukan kesalahan mereka.Di sini jelas bahawa mereka mereka ingin mengelakkan tuntutan undang-undang yang besar terhadap mereka. Mereka memberi alasan bahawa wabak bakteria  berlaku kerana pengguna tidak memasak daging dengan cukup lama. 


Daging adalah punca utama Gallstones.Maklumat lanjut, klik LINK dibawah:

Comments

Popular posts from this blog

Gallstones dalam Hati & Pundi Hempedu - Punca utama penyakit KRONIK yang amat jarang diceritakan dan cara MUDAH Untuk mengeluarkannya.

Cara mudah cuci kolon & usus kecil (small intestine)

"Reverse Kidney Stage" anda melalui Plan Pemakanan yang komprehensif.