Posts

Showing posts from February, 2021

Diabetes merupakan "Gatekeeper" kepada ESKD/CKD & Jantung

Image
Carta di atas menunjukkan Malaysia negara tertinggi mempunyai masalah ESKD/CKD@ Buah Pinggang disebabkan oleh Diabetes. Diabetes merupakan " gatekeeper " kepada kebanyakan penyakit..sebab tu kita kena jaga..penyakit yg common bila kena Diabetes adalah jantung & CKD. Sahabat2 yang ada masalah Diabetes kena buat plan pemakanan yang serupa dengan pelan pemakanan CKD/ESKD insyaAllah  boleh reverse Diabetes korang & secara tak langsung, akan reverse CKD kita atau meningkatkan fungsi buah pinggang. Korang perlu ingat, punca Diabetes bukan sekadar gula (90% masih tak faham) Sebab itu saya selalu sarankan kita monitor tahap eGFR kita dengan membuat pemeriksaan darah secara berkala...bila kita tahu, lebih mudah kita reverse .. daripada terkejut ..bila doktor suruh buat Fistula sebagai persediaan untuk Dialisis. Pelan Pemakanan untuk REVERSE 👇 http://tarmizitaha.blogspot.com/2020/12/reverse-kidney-stage-anda-sebelum.html Untold Facts   https://tarmizitaha.blogspot...

Kelebihan Habatus Sauda

Minyak habbatussauda (Black Seed Oil) di hasilkan daripada biji tumbuhan ‘Nigella Sativa’ yang termasuk dalam keluarga tumbuhan ‘ranunculus’ (Ranunculaceae) atau lebih dikenali dengan nama “habbatussauda”. Tumbuhan ini tumbuh di kawasan Asia Barat, Mediterranean dan Utara Afrika. Ia telah ditanam secara meluas selama berkurun lamanya kerana bijinya digunakan dalam rempah masakan dan juga dalam perubatan. Minyak habbatussauda (black seed oil ; black cumin oil) dihasilkan daripada biji hitam (nigella sativa) yang telah digunakan beribu-ribu tahun dalam perubatan dan disebut didalam Hadith Nabi Muhammad SAW: Sekarang telah terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa minyak habbatussauda sememangnya mempunyai khasiat kesihatan seperti mencegah kanser seperti kanser payudara, prostat dan kanser otak. Kajian juga menunjukkan minyak habbatussauda juga meningkatkan kesihatan organ hati dan membantu membunuh kuman ‘kebal’ (superbug) seperti MRSA yang kebal kepada antibiotik biasa. Kajian jug...

DAH OPERATE GALLBLADDER, MASALAH TAK JUGAK SELESAI.(Gallstones di Bile Duct)??!!

Image
DAH OPERATE GALLBLADDER, MASALAH  TAK JUGAK SELESAI..??!! Sahabat2 yang mempunyai masalah di perut yang mana  Doktor telah diagnosis mempunyai Gallstones di Gallbladder yang perlu pembedahan segera... 👇👇👇👇 .....Sahabat  kena buat homework sikit dan pastikan samada Gallstones benar2 berada di GALLBLADDER ATAU BILE DUCT.. Penting untuk kita pastikan Gallstones di bahagian mana yang benar2 memberikan masalah.Tanya betul2 Doktor yang merawat kita supaya tidak salah dalam membuat keputusan sebab ada sahabat yang sudah dioperate tetapi masalah tetap juga tidak selesai kerana masalah Gallstones sebenarnya berada di Bile Duct dan bukan di Gallbladder. Kesan dalam jangkamasa panjang sahabat yang tiada Gallbladder saya cerita di blog bawah. Perkara paling mudah untuk selesaikan masalah Gallstones di Bile Duct ini adalah dengan buat Flushing@LGBF secara berterusan sehingga Gallstones habis di Flush keluar terutama di Bile Duct dan juga di Liver (80%).Mudah sahaja kan...

Makan Telur boleh meningkatkan risiko kematian.

Image
LONDON: Satu kajian mendedahkan pengambilan telur sama ada secara direbus atau digoreng mampu mengancam kesihatan malah jika makan berlebihan boleh meningkatkan risiko kematian.      Lapor  Daily Mail , para penyelidik mendapati mengambil separuh biji telur mampu meningkatkan risiko kematian sebanyak tujuh peratus.  Oleh itu, pengambilan sebiji telur sehari mempunyai 14 peratus risiko kematian lebih tinggi berbanding individu yang mengelak makanan itu.     Penyelidik China yang mengetuai kajian itu percaya tahap lemak dan kolesterol yang tinggi dalam telur menjadi antara puncanya. Mereka memberi amaran bahawa orang ramai harus makan bahagian putih telur atau beralih kepada pengganti makanan lebih sihat yang mampu menurunkan risiko kematian. Para penyelidik melakukan tinjauan terhadap lebih setengah juta rakyat Amerika Syarikat (AS) antara tahun 1995 dan 1996 dan mengikuti perkembangan mereka selama 16 tahun. Data dari ka...

Keracunan dalam daging

Image
Penyelidikan menunjukkan bahawa  pemakan daging mempunyai cacing dan  parasit yang tinggi di dalam usus. Ini tidak menghairankan memandangkan fakta bahawa daging adalah sasaran kegemaran mikroorganisma pelbagai jenis.  Kajian tahun 1996 oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menunjukkan bahawa hampir 80% daging lembu tercemar dengan kuman penyebab penyakit . Sumber utama kuman ini adalah najis.  Kajian yang dilakukan oleh University of Arizona mendapati terdapat lebih banyak bakteria di sinki dapur daripada di mangkuk tandas.    Kuman dan parasit yang terdapat pada daging melemahkan sistem imun badan kita dan menjadi sumber kepada  penyakit. Sebenarnya, kebanyakan keracunan makanan hari ini berkaitan dengan pemakanan daging.  Semasa wabak besar di Glasgow, seramai 16 daripada lebih 200 orang yang dijangkiti mati akibat dari E. coli yang tercemar dalam daging di.mana wabak ini kerap dilaporkan di Scotland dan banyak bahagian la...

AMALGAM pada gigi bahaya pada tubuh badan

Image
Abang  ni saya jumpa dia di pusat Dialisis...Nama dia Najib..buah pinggang dia rosak disebabkan mercury amalgam pecah pada gigi dan masuk dalam tubuh.. "poisoning body" dia...(terima kasih tuan atas perkongsian) Sahabat2 yg ada tampalan almagam (mercury) kat gigi.. sebaiknya tukar ke tampalan  yg baru (putih) sebab membahayakan tubuh badan. Seperti yang kita ketahui, mercury merupakan komponen beracun yang berbahaya jika masuk ke dalam tubuh manusia. Kengkawan better check gigi masing2.Circa 80-90an  memang guna benda ni especially kat sekolah dan klinik kerajaan AMALGAM                    WHO memasukkan merkuri sebagai salah satu dari 10 bahan kimia yang sangat berbahaya bagi kesihatan. Walaupun sedikit, ia memberi ancaman kesihatan, terutama sistem saraf, pencernaan, paru-paru, kulit, mata hingga sistem imunisasi pada tubuh. Banyak negara mengharamkan penggunaan amalgam.Negara-negara seperti Sweden, Norway da...

Kenapa Urea Tinggi Bahaya

Image
Bila dapat Result Blood Test, jangan lupa jeling result Urea jugak...di bawah bahagian Kidney Function Test Kadar urea tinggi membawa maksud kidney anda tidak berfungsi dengan baik. Idealnya, kidney berfungsi menyaring  urea dari darah melalui air kencing. Sekiranya tinggi  di dalam darah, akan menyebabkan masalah kesihatan.Jika tidak ditangani, akan ke mesin Dialisis. Urea merupakan zat sisa dari pemecahan protein dan acid amino di dalam liver@hati. Kadar urea dapat diukur melalui darah yang dipanggil  Blood Urea Nitrogen (BUN). Limit kadar normal urea berdasarkan usia dan jantina. Berikut adalah kadarnya Lelaki dewasa: 8-24 mg/dL Wanita dewasa: 6-21 mg/dL Anak usia 1-17 tahun: 7-20 mg/dL Urea bersifat racun dan perlu segera dikeluarkan dari tubuh melalui kidney. Keadaan di mana kadar urea dalam darah terlalu tinggi (> 50 mg/dl) disebut uremia akan menyebabkan kita cepat letih, pening,mual, muntah, dan krem pada kaki. Pemeriksaan urea ...